Langgan

Method Dressing: Fesyen Sebagai Sambungan Cerita

Segalanya tentang method dressing yang perlu anda tahu!
2 minit untuk membaca
Published: June 10, 2026
method dressing
Sumber: Instagram (@andrewmukamal, @luxurylaw, @anyataylorjoy)

Fesyen telah lama memainkan peranan penting bagi mempromosi sebuah filem atau siri TV. Sama ada di karpet merah tayangan perdana ataupun press tour, gaya selebriti akan selalu mencuri tumpuan. Namun beberapa tahun kebelakangan ini, fesyen diguna pakai sebagai satu lagi cara untuk mempromosi sebuah projek. Dengan method dressing, bukan sahaja gaya selebriti yang menjadi topik perbualan, tapi hubungan fesyen bersama naratif cerita juga diketengahkan.

Apa Itu Method Dressing?

method dressing
Sumber: ELLE UK

Method dressing adalah salah satu cara penggayaan selebriti yang menghubungkan fesyen dengan naratif, tema, estetika cerita tersebut ataupun juga watak yang mereka mainkan. Terdapat pelbagai filem dan siri TV yang berjaya menumpukan perhatian ramai dengan cara ini. Terdapat juga beberapa pelakon yang menjadi inspirasi serta mencetuskan trend bagi rakan sekerja mereka.

ELLE Kongsi 3 Pelakon Terbaik Dalam Pengayaan Method Dressing

1. Zendaya

method dressing
Sumber: ELLE UK

Ramai yang tidak boleh menafikan keunggulan gaya Zendaya. Boleh dinamakan sebagai "Queen of Method Dressing", Zendaya mengubahkan setiap tayangan perdana projek filem dan siri TV menjadi pertunjukan fesyen. Namun tumpuan kepada filem tidak teralih kerana orang ramai mencari rujukan kepada projek yang dipromosi pada perinciannya. Ini membuktikan kuasa dan peranan yang dimainkan oleh fesyen. Daripada gaya sporty preppy untuk promosi 'Challengers' sehingga ke fesyen avant-garde futuristik untuk promosi siri filem 'Dune', setiap persalinan mencerminkan naratif cerita.

2. Margot Robbie

method dressing
Sumber: Instagram (@andrewmukamal)

Antara contoh filem yang paling cemerlang dalam method dressing adalah 'Barbie'. Dibintangi Margot Robbie sebagai watak utama fashion doll itu, premis cerita ini memberi peluang terbaik untuk rujukan method dressing. Setiap persalinan mencerminkan rujukan daripada hyperfeminin dan pink daripada patung Barbie. Promosi filem ini juga telah mencetuskan trend bagi orang ramai untuk menggayakan warna merah jambu semasa menonton cerita itu dan membawa kepada kejayaan serta kutipan hit blockbuster. Margot Robbie juga meneruskan method dressing dalam promosi projek terbaharunya 'Wuthering Heights' dengan mengayakan fesyen romantic goth selari dengan tema cerita itu.

3. Anya Taylor-Joy

method dressing
Sumber: Instagram (@anyataylorjoy)

Salah seorang lagi pelakon yang selalu dipuji oleh kerana method dressing ialah Anya Taylor-Joy. Daripada gaya inspirasi era regency British untuk filem 'Emma' sehingga ke fesyen steampunk untuk filem 'Furiosa', Anya Taylor-Joy bukan sahaja mempersembahkan kepelbagaian pada watak yang dilakonkan tapi juga pada gaya ketika mempromosi projek-projek ini. Dengan memainkan watak yang lebih besar untuk filem 'Dune: Part 3' yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini, peminat boleh menantikan detik-detik fesyen yang akan dibawa oleh Anya Taylor-Joy dan Zendaya, yang juga merupakan watak utama.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down