
Academy Museum Gala kembali tahun ini untuk edisi keenamnya, sekali gus menghimpunkan barisan bintang ternama dari dunia Hollywood, muzik dan fesyen. Berlangsung dalam suasana penuh gemilang, acara tahunan ini bukan sahaja menjadi pentas buat para selebriti memperagakan gaya memukau, malah turut meraikan usaha Academy Museum of Motion Pictures serta mengumpul dana bagi menyokong misinya dalam memelihara sejarah perfileman untuk generasi mendatang.
Antara nama besar yang mencuri perhatian di karpet merah termasuk Kendall Jenner, Hailey Bieber, Taylor Swift, Sabrina Carpenter, Hunter Schafer, Alexa Demie, Kim Kardashian dan ramai lagi. Turut menyerikan acara ialah anggota jawatankuasa penganjur gala, antaranya Greta Lee, Teyana Taylor, Kirsten Dunst, Kate Hudson, John Legend dan Chrissy Teigen, Demi Moore serta Jessica Alba.
Teruskan membaca untuk melihat himpunan gaya selebriti di karpet merah Academy Museum Gala 2026.
Hailey Bieber

Menggayakan rekaan Chanel.
Sabrina Carpenter

Menggayakan rekaan Giorgio Armani Privé.
Ana De Armas

Menggayakan Louis Vuitton.
Kim Kardashian

Menggayakan rekaan arkib Balenciaga.
Kendall Jenner

Menggayakan rekaan custom Valentino
Sophie Thatcher

Menggayakan Louis Vuitton.
Chloe Grace Moretz

Menggayakan Louis Vuitton.
Alexa Demie

Menggayakan rekaan custom Chanel.
Alysa Liu

Menggayakan Louis Vuitton
Taylor Swift

Menggayakan Dior.
Mia Goth

Menggayakan Dior.
Greeta Lee

Menggayakan Dior.
Amanda Seyfried

Menggayakan Prada.
Gemma Chan

Menggayakan Prada.
Hunter Schafer

Menggayakan Prada.
Teyana Taylor

Menggayakan rekaan couture Schiaparelli.

