Langgan

Reimagining Icons: Bagaimana Hollywood Klasik Membentuk Budaya Pop Hari Ini

Pop culture owes its flair to classic Hollywood.
1 minit untuk membaca
Published: September 8, 2025

Pesona Hollywood klasik kekal segar hingga kini. Ikon silam terus direka semula oleh generasi baharu. Hasilnya, budaya pop hari ini lahir daripada daya tarikan abadi yang sentiasa relevan untuk dijadikan inspirasi lagu atau pun kulit album. Mungkin kebetulan, mungkin tidak, namun sukar untuk tidak menyedari persamaan yang ketara.

Sabrina Carpenter & Marilyn Monroe

Dalam album Man’s Best Friend, Sabrina Carpenter menghidupkan semula pesona Hollywood klasik apabila dia merekreasi rakaman ikonik Marilyn Monroe bersama suaminya ketika itu, Arthur Miller, pada akhir 1950-an, satu sentuhan vintaj yang dipadukan dengan pesona moden dirinya sendiri.

 

Sza & Princess Diana

Untuk kulit album SOS, SZA mengambil inspirasi daripada imej ikonik Puteri Diana yang sarat dengan rasa kesepian. Apa yang asalnya dirancang di atas kapal kargo akhirnya berubah menjadi visual papan anjal yang kini ikonik, simbol tentang kesendirian, kekuatan dan kerentanan.

 

Lana Del Rey & Natalie Wood

Lana Del Rey menjadikan Natalie Wood sebagai rujukan untuk kulit albumnya, menghidupkan semula aura intim dan nostalgia Hollywood klasik. Deretan ayat yang memenuhi kulit album kini terasa masuk akal, satu pilihan penuh sengaja yang mencerminkan gaya penceritaan pengakuan Lana, seolah-olah setiap lirik adalah helaian diari peribadinya.

 

Lorde & Marina Abramovid

Terinspirasi daripada keberanian seni Marina Abramović (conceptual artist), Lorde menyingkap persilangan antara kerentanan, ketahanan dan kehadiran. Ikon pop ini memperlihatkan keyakinan yang sama terhadap kuasa transformasi, di mana emosi menjelma menjadi seni dan kehadiran berubah menjadi kekuatan.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down