Langgan

Bukan Lagi Stail Alternatif: Gaya Rambut Ikon Belia Terkini yang Mencuri Perhatian Ramai

Bintang Gen Z dan Gen Alpha, Alysa Liu dan North West, menarik perhatian ramai dengan gaya rambut mereka yang unik dan mencabar.
1 minit untuk membaca
Published: March 10, 2026
alysa liu
Sumber: Instagram (@alysaxliu)

Di pentas sukan Olimpik Milan dan Cortina 2026, pemenang pingat emas bagi acara luncur ais berbunga perseorangan wanita, Alysa Liu, telah pun menarik perhatian ramai, bukan sahaja dengan kemenangan pingat emasnya tetapi juga dengan gaya rambut Halo rings-nya. Manakala, dari New York pula, gambar North West dan rakan-rakannya tular di sosial media, menarik perhatian netizen dengan warna rambut neon mereka. Kini gaya rambut berwarna-warni yang mencabar makin lazim di kalangan belia dan tidak lagi dianggap alternatif.

Dari Subbudaya ke Spotlight

Alysa Liu
sumber: instagram (@northwest)

Gaya rambut yang berwarna-warni telah lama wujud, namun sekian lamanya, gaya-gaya serupa dengannya hanya membuat pusingan di ruang-ruang alternatif di internet seperti sebahagian subbudaya di TikTok. Namun, dengan kemunculan belia seperti Alysa Liu dan North West, kami yakin gaya rambut sedemikian membuat comeback!

Belia makin berani

Alysa Liu
sumber: Instagram (@northwest)

Gen Z dan Gen Alpha tidak lagi berpandangan sempit terhadap kecantikan, malah ia dijadikan platform membentuk identiti dan persembahan diri. Tidak lagi mereka terkurung dengan hanya stail elegan dan rapi, sekarang mereka mendekati fesyen dan kecantikan melalui lensa yang mencabar. Gaya rambut kini menjadi personal brand.

Masa depan tanpa tapisan

Semakin ramai Gen Z mendekati alam dewasa dan suatu masa nanti Gen Alpha juga  akan menceburi bidang professional. Gaya rambut berwarna-warni tidak lagi terhad kepada bidang hiburan, sedikit demi sedikit, gaya rambut ini makin diintegrasi dalam bidang lain seperti yang diperhatikan pada Alysa Liu dalam bidang sukan. Mungkin suatu hari nanti, gaya rambut yang mencabar ini akan menjadi norma baharu!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down