Sama ada anda sedang mencari gaya baharu atau ingin membuat perubahan berani yang menyegarkan, tiada masa yang lebih tepat untuk mencuba potongan bob. Potongan ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada penampilan anda, malah ia kekal sebagai gaya rambut yang timeless dan sentiasa bergaya.
Potongan bob cukup praktikal tetapi tetap kelihatan sofistikated. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu penampilan kemas tanpa memerlukan banyak masa untuk menggayakannya. Potongan ini juga membantu memberi kesan rambut lebih sihat, terutama apabila hujung rambut sudah mula kelihatan kusam.
Back-to-school bob kini menjadi trend rambut terhangat yang digayakan selebriti. Dengan potongan yang menyingkirkan hujung kusam, rambut terus kelihatan lebih sihat dan bergaya. Ringkas dijaga, serba guna, dan tetap memberi aura effortless jadi tak hairanlah ia jadi pilihan ramai bintang sekarang.
Versatil untuk Semua Tekstur Rambut
Back-to-school bob adalah potongan kemas one length yang jatuh di antara dagu dan tulang selangka. Chic dan moden dalam masa yang sama. Potongan ini mampu menaikkan mood serta gaya anda sekelip mata. Keindahan potongan bob ini terletak pada versatilitinya. Dengan sentuhan profesional, gaya ini boleh digayakan pada pelbagai tekstur dan jenis rambut.
Bingkai Wajah yang Sempurna
Potongan blunt memberi ilusi lebih penuh pada rambut halus atau dilembutkan dengan layering bagi menyerlahkan rambut yang lebih tebal. Ia membingkai wajah dengan cantik dan boleh disesuaikan dengan hampir setiap bentuk muka, sebab itu ia menjadi gaya kegemaran ramai.

