
Tahukah kita bahawa secara purata, sekitar 100 hingga 150 helai rambut gugur setiap hari? Ya, jumlah ini mungkin kedengaran banyak namun ia sebenarnya sebahagian daripada kitaran semula jadi rambut. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berambut panjang, helaian yang gugur lebih mudah terlihat dan sering menimbulkan rasa bimbang. Namun, seiring peningkatan usia, tekanan harian yang berterusan serta perubahan hormon seperti ketika kehamilan dan fasa menopaus, proses keguguran rambut boleh menjadi lebih ketara dan jelas dirasai.
Sebab itulah penjagaan kulit kepala kini semakin diberi perhatian dalam dunia kecantikan. Sama seperti kulit wajah, kesihatan rambut juga bermula dari asasnya iaitu kulit kepala. Apabila asas ini terjaga dengan baik, barulah rambut dapat tumbuh dengan lebih sihat dan bertenaga. Di sinilah Shiseido Professional Sublimic Adenovital Scalp Power Shot hadir sebagai solusi yang lebih terarah. Rawatan ini diformulasikan khusus untuk menangani pelbagai isu rambut dan kulit kepala yang berkait dengan proses penuaan, sambil membantu rambut kelihatan lebih kuat, anjal dan bervolum. Apa yang menjadikannya lebih menarik, formulanya bekerja secara menyeluruh dari tiga aspek utama iaitu rambut, kulit kepala dan akar, menerusi teknologi eksklusif Hair Powerizing System oleh Shiseido Professional.

Antara bahan utamanya ialah Adenosine, bahan yang terbukti secara klinikal membantu merangsang pertumbuhan rambut dengan menyokong kesihatan folikel. Ia digabungkan dengan ekstrak Panax Ginseng yang membantu merangsang peredaran darah pada kulit kepala manakala ekstrak Sophora Angustifolia pula mempunyai sifat antibakteria untuk memastikan kulit kepala kekal sihat dan seimbang. Turut dimuatkan dalam formula ini ialah Nicotinamide atau Vitamin B3 yang membantu mengekalkan hidrasi kulit kepala sambil menyokong penghasilan kolagen.
Teksturnya ringan dan cepat meresap tanpa meninggalkan rasa melekit, menjadikannya mudah digunakan setiap hari. Dengan penggunaan berterusan, rambut kelihatan lebih terangkat dari akar dan mudah diurus. Bonusnya? Harumannya cukup menyegarkan. Gabungan nota buah-buahan yang masak di bawah sinaran matahari bersama sentuhan herba segar yang membuatkan rutin penjagaan kulit kepala terasa lebih mewah dan menenangkan. Cara penggunaannya juga mudah. Selepas mencuci rambut dan mengeringkannya dengan tuala, atau pada kulit kepala yang kering, semburkan terus menggunakan muncung aplikator pada 15 bahagian kulit kepala. Kemudian, urut perlahan menggunakan hujung jari untuk membantu penyerapan dan melancarkan peredaran darah. Untuk hasil terbaik, gunakan dua kali sehari, pagi dan malam.
Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

