Kulit yang nampak lembap, segar dan berseri masih kekal sebagai trend kecantikan yang mendominasi tahun ini. Solekan dewy bukan sekadar tentang kilauan semata-mata tetapi bagaimana setiap lapisan produk mencipta kemasan kulit yang sihat. Berita baiknya, anda tidak perlu lagi meneka produk mana yang bersesuaian dan berkesan. Menerusi senarai barisan pemenang ELLE Beauty Awards 2026, untuk mencipta penampilan solekan dewy anda bakal menjadi lebih mudah! Daripada rutin persediaan kulit hinggalah sentuhan akhir pada bibir, ikuti langkah demi langkah ini untuk mendapatkan hasil solekan yang luminous dan flawless.
Langkah 1: Mulakan dengan serum wajah
Asas kepada solekan dewy yang sempurna bermula dengan kulit yang terhidrat. Sapukan Clé De Peau Beauté The Serum sebagai langkah pertama untuk memberi kelembapan mendalam sambil membantu kulit tampil lebih anjal dan berseri. Formula ini mampu menjadikan kulit wajah tampil lebih 'plump'.

Langkah 2: Lindungi kulit dengan pelindung sinar
Untuk kulit wajah glow yang sihat, perlindungan UV sememangnya wajib. SK-II GenOptics Airy UV Cream bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran matahari malah teksturnya yang ringan dapat memberi kesan lembut tanpa rasa berat di wajah. Ia juga membantu memastikan solekan kekal segar sepanjang hari.

Langkah 3: Primer!
Bagi memastikan solekan tahan lebih lama dan tekstur kulit nampak licin, gunakan Sulwhasoo Perfecting Veil Primer. Primer ini membantu memberikan kesan blur pada pori dan membentuk lapisan halus langsung menjadikan bedak asas lebih mudah diaplikasikan sambil mengekalkan kesan luminous pada kulit wajah.

Langkah 4: Rahsia solekan berseri
Untuk mencipta kesan solekan yang bercahaya, pilih bedak asas yang mempunyai manfaat penjagaan kulit. Hourglass Illusion Luminous Glow Foundation SPF30 memberi litupan yang buildable dengan kemasan radiant sambil mengekalkan kelembapan kulit agar solekan tidak kelihatan cakey atau kusam.

Langkah 5: Spot conceal dengan penyamar noda
Layang penyamar noda pada bawah mata, sisi hidung dan cela pada wajah yang memerlukan extra coverage menggunakan Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Blur Concealer. Penyamar noda ini membantu mencerahkan wajah sambil memberikan efek soft focus untuk membuat kulit nampak lebih flawless.

Langkah 6: Tambahkan rona pada wajah
Tiada dewy look yang lengkap tanpa sentuhan blush yang memberi kesan flushed. Rare Beauty Soft Pinch Dewy Liquid Blush dalam rona Encourage memberikan efek warna semula jadi dengan kemasan natural seolah-olah glow yang muncul dari dalam kulit.

Langkah 7: Hidupkan mata dengan maskara
Untuk seimbangkan keseluruhan solekan ini, jangan lupa lentikkan bulu mata dengan YSL Beauty Lash LaTex Mascara. Maskara ini memberi volume dramatik tanpa membuatkan mata kelihatan terlalu berat, cukup untuk memberi dimensi pada wajah.

Langkah 8: Rawat bibir untuk kesan sihat dan melembapkan
Sebelum glos, pastikan bibir berada dalam keadaan terbaik. Prada Beauty Banana Balm bertindak sebagai rawatan bibir yang melembap, melembut dan menyediakan asas sempurna sebelum dioles dengan glos bibir.

Langkah 9: Akhiri dengan glos bibir
Lengkapkan solekan dengan Huda Beauty Faux Filler Jelly Oil dalam rona Juicy Goji. Kolagen vegan di dalamnya membantu menyamarkan garis halus bibir untuk sentuhan akhir yang membuatkan solekan anda complete!

Hasil akhirnya? Solekan dewy yang kelihatan moden, segar dan effortless. Kuncinya terletak pada pemilihan produk yang tepat! Menerusi produk pemenang ELLE Beauty Awards 2026 ini, achieving that glow has never been easier.

