Langgan

EBA2026: Neal's Yard Remedies Frankincense Intense™ Hydrating Essence, Esen Selembut Sutera

Disifatkan sebagai serum dengan tekstur paling lembut, Frankincense Intense™ Hydrating Essence menjadi sakti penjagaan kulit wajah.
2 minit untuk membaca
Published: June 11, 2024
Frankincense Intense™ Hydrating Essence
Ilustrasi oleh Azriq Anwar

Penyelidikan dalam penghasilan produk penjagaan kulit menemukan formula baru dalam menjamin keupayaan yang mampu berinteraksi baik pada setiap jenis kulit wajah. Hari ini dengan kecanggihan teknologi dan penyatuan bahan semula jadi terhasil satu variasi dalam penghasilan produk kulit bagi fungsi yang tersendiri.

Neil’s Yard Remedies jenama yang awal bermula dari sebuah sudut kecil di Covent Garden bertumbuh menjadi sebuah jenama gergasi dalam dunia kecantikan. Utuh pada penciptaan yang berasaskan sumber semula jadi seperti herba, pati minyak tumbuhan dan kepakaran pembuatan menyatukan ia sebagai lambang kasih sayang, sains dan alam semula jadi yang menyatu sebagai produk berkualiti tinggi.

Frankincense Intense™ Hydrating Essence
Gambar ihsan Neal's Yard Remedies

Tekstur Ringan, Penyerapan Pantas
Antara aspek yang terpuji tentang produk ini adalah teksturnya yang cukup ringan, halus dan cepat menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Esen semula jadi ini memberikan kelembapan pada kulit bagi memberi kelembutan serta kesegaran sebaik sahaja digunakan.

Berdasarkan tinjauan daripada pengguna yang pernah mencuba sendiri produk ini,  kebanyakan mereka bersetuju bahawa esen ini membantu meningkatkan keberkesanan melembapkan kulit. Ia menjadikan keseluruhan rutin penjagaan kulit lebih efektif. Dan kebolehupayaannya berfungsi pada waktu siang dan malam menambah keberkesanan pada kulit wajah. 

Ejen Pencerahan

Lebih menarik tentang produk ini, ia berkesan dalam memberi kecerahan pada permukaan kulit dengan sekata. Satu ujian klinikal mendapati 80 peratus daripada pengguna yang telah mencuba produk ini memperlihatkan perubahan tona kulit yang lebih cerah sekata setelah menggunakannya.

Apa yang menjadikan ia lebih menakjubkan sebagai esen perapian kulit adalah kemampuan untuk memberi kelembapan sehingga 24 jam. Ia menjadi sakti utama esen ini dalam memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap dalam apa jua cuaca dan suhu berbeza. Hasil daripada kelembapan kulit yang diperlukan ini memberi ruang untuk kembali bernafas dengan baik dan menambah keanjalannya.


Selain keberkesanan formulanya, esen ini kaya dengan aroma frankincense yang dianggap cukup menenangkan. Minyak pati frankincense yang cukup dikenali dalam aromaterapi kerana sifatnya yang membantu memberikan rasa tenang dan memberi keseimbangan emosi.

Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down