Langgan

EBA 2026: Sofistikasi Semburan Chanel No. 5

Bermula sebagai sebuah dedikasi buat wanita di era awalnya, kini menjadi haruman dalam kelalang yang cukup ikonik.
2 minit untuk membaca
Published: June 11, 2024
Ilustrasi oleh Azriq Anwar

Sejak diperkenalkan pada tahun 1921, CHANEL N°5 tidak bernadi hanya sekadar sebuah wangian. Ia ditafsirkan sebagai simbol gaya, keberanian dan feminiti moden yang melangkaui generasi berganti. Kini, N°5 Eau de Toilette kembali diperkenalkan sebagai sebuah interpretasi yang lebih segar dan bertekstur.

Kisah N°5 bermula ketika Gabrielle Chanel meminta Ernest Beaux menghasilkan haruman buat wanita yang benar-benar mentafsir ciri-ciri wanita sebanar.” Hasilnya lahir sebuah komposisi yang berevolusi dengan bahan semula jadi lantas mengubah landskap dunia haruman. Pada tahun 1924, lahirlah  N°5 Eau de Toilette sebuah penciptaan yang lebih ringan namun masih mengekalkan identitinya.

Ekspresi klasik yang sinonim dengan aroma yang lembut dan sensual diolah menjadi sesuatu yang lebih sfistikated, berani dan lebih kontemporari. Ia ledakan baru penciptaan wangian yang menyatukan bahan utamanya ros, melur dan ylang ylang bersama campuran radikal aldhedid.

Menyempurnakan ia sebagai haruman yang cukup ikonik adalah campuran kayu cendana dan vetiver sebagai nota akhir yang memberi kedalaman pada struktur semburan. Apa yang terhasil adalah sesuatu yang cukup elegan dan memikat. Setiap semburan berpaksi pada kedalaman setiap bahan-bahannya yang menyatu membentuk haruman cukup distingtif.

Gambar ihsan Chanel Beauty

Kelahiran Semula
Meraikan kelestarian haruman ini, kelalang N°5 Eau de Toilette turut diberi sentuhan baru yang diinspirasikan daripada rekaan asal yang diperkenalkan pada tahun 1924. Cukup minimal tanpa perlu perincian yang berlebihan, apa yang dihasilkan kali ini adalah sebagai penegasan terhadap keanggunan warisan. 

Pada masa yang sama ia bergerak sebagai satu penghormatan buat Coco Chanel yang percaya bahawa kesederhaaan adalah defisni kemewahan yang sebenar. Datang dalam mekanisme semburan yang juga datang dengan kebolehgunaan untuk disapu ke seluruh kulit atau disembur terus di permukaan pakaian. Dalam memastikan ketahanan haruman yang kekal sepanjang hari, versi terbaru ini datang dalam bentuk purse spray yang lebih praktikal untuk digunakan dan dibawa dengan lebih mudah. Istimewa kali ini N°5 Eau de Toilette datang bersama rangkaian mandian dan losen yang mampu memberi ketahanan haruman yang lebih lama.

Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down