Langgan

Chanel Beauty Memperkenalkan Denim Dalam Dimensi Baru

Denim diolah menjadi permainan pigmen dan cahaya.
2 minit untuk membaca
Published: February 19, 2026
Chanel Beauty
Gambar ihsan Chanel Beauty

Denim tidak pernah terikat pada satu era sahaja. Musim demi musim, ia kekal relevan tanpa perlu dicipta semula kerana kehebatannya terletak pada ketahanannya sendiri. Dari koridor sekolah ke dewan kuliah universiti, seterusnya mengiringi rentak kehidupan profesional, denim kekal sebagai pemalar, fabrik yang berkembang bersama kita. Menjelang 2026, material yang timeless ini kembali meraih perhatian, melangkaui batasan almari pakaian menegaskan kedudukannya sebagai ikon fesyen yang segar dan sentiasa relevan.

Chanel Beauty
Gambar ihsan Chanel Beauty

Memperkenalkan Denim Collection, di mana Chanel Beauty menafsir semula legasi budaya denim melalui lensa kecantikan. Di teras koleksi ini berdiri Valentina Li, Chanel Global Makeup Creative Partner yang menterjemahkan denim menjadi permainan pigmen dan cahaya, membuka dimensi ekspresi yang benar-benar baharu.

Chanel Beauty
Gambar ihsan Chanel Beauty

Duta Chanel, Lily-Rose Depp, pula menjadi tumpuan utama kempen koleksi ini, mempersonifikasikan semangat kebebasan kreatif melalui bahasa ekspresi diri. Dalam menghidupkan koleksi ini, Lily-Rose merangkum inti pati denim: effortless, individual, versatil, dan sentiasa cool. Berikut sorotan utama koleksi ini.

The main star of the collection? Denim muncul dalam bentuk pembayang mata. Palet Les 4 Ombres Denim Dream dan Coco Jean menafsir pelbagai spektrum biru dengan kedalaman dan dimensi yang berbeza. Denim Dream memfokuskan kelembutan, dengan rona platinum berkilau mutiara, dusty pink matte, biru satin dan anthracite biru berkilau. Sebaliknya, Coco Jean menampilkan intensiti yang mendalam dengan warna perak berkilauan, beige keemasan dan taupe coklat satin.

Seperti denim itu sendiri, gincu Rouge Coco Flash mengundang ekspresi diri secara spontan. Rona Baby Blue menyapukan biru muda berkilau mutiara, sesuai untuk mereka yang berani menonjol manakala Washed Beige, Faded Orange dan Raw Brown meneroka rona hangat yang kaya dengan nuansa, membolehkan bibir diubah mengikut mood dan gaya.

Satu lagi kemestian daripada koleksi ini ialah La Crรจme Main, yang buat pertama kali diberi sentuhan denim. Krim tangan berbentuk pebble ini hadir dalam pouch denim yang menawan, mengubah rutin harian menjadi aksesori yang bukan sahaja digunakan, tetapi juga dipamerkan dengan gaya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down