Benar seperti yang diungkap peribahasa, “Tiada tertikam tuah oleh berani.” Perjalanan Shikin Gomez dan Suganya tidak mudah. Ia adalah kisah berani adaptasi di titik mula, cara menyesuaikan diri, serta kemahuan mendobrak sempadan norma dunia peragaan. Mereka tidak hanya mahu mengangkat nama sendiri, tetapi turut membawa harapan serta identiti generasi baharu dalam persaingan bakat yang serba kompetitif.
Apa yang terlihat di hadapan lensa dan di media sosial sering kali tampak sempurna. Peluang menyarung busana pereka ternama, berjalan di bawah sorotan lampu dan menerima pujian khalayak. Namun di balik kemilau itu, ada kisah yang jarang didengar, yakni latihan tanpa henti, langkah-langkah yang ada kalanya gusar dan mata-mata yang sentiasa menilai. Dunia peragaan bagi Shikin dan Suganya bukan sekadar soal rupa atau gaya. Ia adalah ujian mental, ketahanan emosi dan keyakinan untuk terus berdiri, walaupun kadang terhuyung dalam diam.
Bagi Shikin, salah satu detik paling bermakna hadir apabila diberi peluang memperagakan koleksi Dior di Mumbai. Satu titik yang bukan hanya menguji kemampuannya, tetapi turut menandakan pengiktirafan terhadap identitinya di pentas global dan membuka peluang selepas itu. Suganya pula membawa sentuhan mesra dan kebitaraan tersendiri semasa mendapat peluang ke Jakarta. Di sana, kehadirannya tidak sekadar memperagakan helaian, tetapi mewakili komuniti yang selama ini kurang diberi ruang. Kedua-duanya tampil sebagai pernyataan tentang keberanian menjadi diri sendiri di hadapan dunia.

DARI KIRI, SHIKIN: Jaket, skirt, beg tangan dan cincin, kesemuanya daripada CELINE
SUGANYA: Jaket, baju turtleneck, beg tangan, cincin dan seluar, kesemuanya daripada CELINE
ELLE mendekati dua individu ini untuk mereka berkongsi cerita. Tentunya tiada istilah putus asa dalam naskah hidup mereka tika menyusuri spektrum kerjaya dan mengatur susun solusi pilihan rumpil. Ketekunan mentakrif kejayaan mengikut acuan masing-masing menjadi penghasilan perjalanan dengan pasak kerja keras.
ELLE: To start, Shikin sedang sibuk dengan apa?
Shikin: Sejujurnya, tiada istilah betul-betul sibuk atau langsung tidak sibuk. I bekerja secara project basis, jadi kesibukan itu datang bila sampai waktunya. Apa yang I boleh katakan secara general, the industry has been a bit weird this year.
E: Untuk Suganya pula, apa kesibukan terkini?
Suganya: Masa ini saya baru menarik nafas lega dengan kesibukan KLFW. Ini boleh dikatakan fasa downtime atau bertenang sedikit sebelum kembali sibuk dengan kerja-kerja lain nanti.
E: Perkara yang Shikin dan Suganya paling suka tentang diri.
Shikin: Saya seorang yang sentiasa optimistik and I always see the light at the end of the tunnel.
Suganya: Menjadi seorang yang relentless and I always keep going no matter what.


E: Nama Shikin Gomez itu dikenali dan boleh dikategorikan matang dalam modelling. Apakah yang melentur kematangan tersebut?
Shikin: Saya sebenarnya belum rasa saya cukup matang lagi bila menyentuh soal kerjaya. I'm still learning. Honestly, I think I’m still a bit kiddish and saya cuba be as fun as I can. Setiap hari I jumpa orang yang berbeza dan belajar perkara baru. Tapi bila sebut tentang kematangan, I believe ia sedang terbentuk melalui pengalaman harian dan semua yang saya lalui sepanjang jalan ini.
E: Suganya mula aktif pada 2022 dan kini empat tahun dalam industri. Would you consider yourself matured or still trying to find your place and pace?
Suganya: Kalau Shikin sendiri rasa begitu, apatah lagi I. Bagi I, di Kuala Lumpur atau Malaysia, I yakin peluang itu sentiasa ada, hopefully. Tapi pada masa sama, I juga mahu terus cari peluang dan bina nama sendiri especially luar negara. I want to learn more, explore things within a bigger scope and really push myself out of my comfort zone.

DARI KIRI, SUGANYA: Baju panas, baju turtleneck, pouch dan kasut, kesemuanya daripada CELINE
SHIKIN: Jaket denim, skaf leher dan sniker, kesemuanya dripada CELINE
E: Dari 'Malaysia Supermodel Search', 'Asia’s Next Top Model' dan juga pernah berjalan di runway Dior Mumbai. Apa buatkan Shikin stay in this career?
Shikin: Sudah pasti the creative aspect of it. The process of creating art, meeting people with interesting ideas, interesting talent, artistic people, sebab I suka being part of the creative process. When it comes to shoots and you have an idea, the model becomes the canvas. Everyone puts their art into that canvas and I feel very privileged to contribute. Dalam masa yang sama, I’m happy to bring the vision to life.
E: Pernah rasa give up?
Shikin: No (tegas). I really like the flexibility of modelling. I like that I can work on my own time and if I feel like I can’t give 100 per cent, I can say no. I like having that freedom, that I have options. Perkataan ‘give up’ itu tiada untuk saya. Saya sentiasa mencari peluang, sama ada di Malaysia dan sudah tentunya peluang di luar negara.
E: Cakap pasal give up, dikatakan ‘kota fesyen’ Paris didn’t turn out seperti yang diharap, then you ke Barcelona dan now di Portugal. Apa biggest lesson Shikin belajar sepanjang momen itu?
Shikin: Just don't give up (ketawa). It’s because you don't know where the opportunity is. Di Europe sana, different countries have different beauty standards and beauty expectations, the way they see beauty is very different, depending on every country dan industri. You have to try a lot of places to find which one works for you. Kalau tidak, you akan sangkut and stay in one box dan takkan ada growth.
E: Jadi prefer Malaysia atau Europe?
Shikin: I don't see why I can’t do both! Sudah tentu Malaysia will always be home for me. I love the job and the opportunities yang I dapat di sini. I tahu tempat I membesar sentiasa beri apa yang I mahu dan perlukan. Tapi peluang yang datang dari luar negara pula hadir dengan exposure yang berbeza di setiap shoots and shows, sangat berharga dan saya terima semuanya dengan berlapang dada.

E: Reflecting on your journey, ingat lagi what you were like at the beginning dan how have you grown since?
Suganya: I remember my first ever job or show was Cheetah the kids brand. That is my first ever real job. Bila tengok semula gambar atau video show itu, I was super scared, you can see the fear in my face, macam tak nampak pun muka model langsung. And then now when I compare the amount of shows and the weight I carried to myself is very different. Now I'm able to carry big shows, to be able to open and close them, I believe the doubt is no longer there. That is growth for me dan pengalaman tersebut yang sebenarnya mengajar saya banyak perkara.
E: Bidang ini mencabar dari sudut latar belakang inklusiviti dan diversitinya. Talking about being brown, are there any challenges you have faced before?
Suganya: To be honest, pernah dan ada sahaja. Walaupun people sometimes mistaken me sebab I tak nampak as “Indian-Indian” atau simply assume lain di luar negara sebab I’m from Malaysia, tapi tak adalah sampai saya langsung tak secured job because of my skin color.
E: Bagaimana Suganya overcame that cultural complexity?
Suganya: Initially susahlah. When I had my first rejection dan bila saya compared tengok the final model lineup yang mereka keluarkan, I akui still rasa kecewa itu ada. Beauty standards itu kan very subjective. I used to take it more personally masa mula-mula dahulu tapi sekarang tidak lagi. Rejection is redirection for me. If the job is meant for me, then it’s for me. I yakin kalau tak dapat, masih ada banyak lagi peluang yang mendatang.
E: Oh ya, kita ke topik yang ringan sedikit, apa must-do tip Suganya sebelum berjalan di runway. Boleh share.
Suganya: I actually will say a little prayer before every show or every walk. Tidak kiralah ia show besar atau kecil, hal tersebut beri saya ketenangan sebelum bermula.
E: Any secret atau tip yang Shikin juga wajib buat?
Shikin: If I am already backstage, I don't really look at my phone that much, it will give me a lot of distractions. The biggest thing I do is stretch, like the toes or the whole legs, if not, dengan heels, baju dan semuanya, agak sukar untuk saya selesa.

E: If ada peluang cuba kerjaya lain satu hari, what do you guys want to do?
Shikin: I don’t think I will stop dan buat benda lain. I dah buat benda ni selama almost 10 tahun. I think it will slow down because of the natural progression, tapi I don’t think I will stop. A lot of people don’t understand how I have changed as a person sebenarnya dengan lakukan kerjaya ini. I learnt a lot. It’s actually a very scary job, I have to face the camera all the time and be camera ready. This job has helped me build my confidence. It’s taught me to be brave and prepared to face all kinds of challenges in life. Let's say kalau nak stop pun one day, mungkin bila I dah ready to start a family, tapi itu nantilah.
Suganya: No, me too, I pun belum pernah terlintas untuk mahu buat benda lain. Kalau ada peluang dan boleh buat lagi dan lagi, sampai umur 50 nanti pun I nak buat kerja modelling ini. Kalau Naomi boleh buat, me too, why not? I will choose this one over and over again sebab I really enjoy being part of it. Kalau ada pilihan buat benda lain, dari mula dulu lagi I dah pilih, tapi tidak.
Pembantu fotografi DAVID ONG dan ZACHARY LLEWELLYN
Arahan seni dibantu oleh NABIHAH NIZAM
Penataan gaya dibantu oleh MUZAMMIN MUZLAN
Solekan RAE SEOK/PLIKA MAKEUP
Dandanan JUNO KO
Baca temu bual penuh menerusi edisi September 2025.

