
Pulangnya sireh ke gagang itu kadang melata, mungkin kerana pautnya masih berpaksi pada akar yang utuh. Itu mungkin perlambangan boleh jadi juga sebuah sifat yang membentuk sikap. Yuna satu daripada banyak percubaan yang sebelum ini ada di Malaysia membawa nama, pemikiran dan idea sebagai pembuktian. Namun kembali pada akarnya.
15 tahun yang ditelusuri penuh keupayaan dan keinginan berjalan dengan caranya. Tanpa perlu terikat dengan kehendak pasaran yang mahu dia menjadi begini atau begitu, Yuna betah mengikut kemahuannya. Barisan album, EP dan single yang tidak putus diedarkan tidak membuatkan dia kering pada idea.
Semuanya dilaksanakan dengan pengalaman juga keterbukaan. Sejauh mana dia berjalan, mencari pengalaman dan berkongsi ilham rasanya - Yuna masih Yuna yang sama. ELLE mendasari ruang fikir dan sudut pandangnya hari ini.

ELLE: Yuna baru saja habis konsert selama dua hari di PJPAC. How do you feel about it?
YUNA: Alhamdulillah, konsert berjalan lancar. Perancangan awal hanya showcase tapi I decided to do something more elevated. I nak bagi experience yang special untuk fans and I’m very thankful ada team yang cukup membantu untuk jadikan my vision happen.
E: Skalanya kecil berbanding terkahir kali di Megastar Arena. Adakah peminat boleh jangkakan sesuatu yang lebih besar setelah ini?
Y: So far memang ada plan to do something bigger in the future. I know ia akan ambil banyak masa untuk planning, especially financially ‘Etherealis’ ada sponsor tapi mostly self-funded so hopefully, kalau untuk konsert yang besar I do hope ada sponsor yang lebih besar.
E: Maaf kalau saya kurang jelas, kembalinya Yuna ke Malaysia for good atau just for this moment dan Yuna akan go back to L.A and make more music?
Y: For now, I am back and based here in Malaysia dan actually, now tengah renovate rumah yang lebih selesa untuk I dan suami. Kucing dekat L.A pun dah ikut sama balik sini. So, we are based here more for more projects and Insya-Allah I’m going back to L.A for album and recordings. I don’t know when but that’s on the horizon for me.
E: Since you are based here. Are you open for collaboration opportunities dengan bakat tempatan?
Y: Yes, I would love to work with local artists. Some are my friends but being me, I know I’m extremely picky tapi bukanlah macam I kekwat ke apa, tapi I picky when it comes to what I can contribute and commit to. Benda macam songwriting, production, creative direction and promo. Semua tu I kena ambil kira sebelum decide untuk collaborate.

E: Pabila sudah kembali ke sini ada peralihan pada keutamaan atau muzik masih menjadi agenda utama?
Y: Of course, family is a priority but music is always on my agenda. Work is work and I love my work. Semua peluang yang I dah dapat setakat ini, I sangat happy and proud. ‘Etherealis’ is pretty much the highlight so far dan akan ada lebih banyak lagi insya-Allah. Selain itu I just nak spend more time dengan family.
E: When you decided to come back, sudah ada rencana besar atau just go with the flow sahaja?
Y: Go with the flow tak ada apa-apa perancangan besar. Being me I rasa itulah cara I fully function just go with the flow even masa dekat L.A pun sama juga, I just buat whatever is best for me. Cuma now I nak contribute more in music and the film community di sini. That’s our focus right now.
E: Yuna dah teroka sound Pop dan R&B yang beragam. Which project is the most sentimental for you?
Y: To me all projects are special, I think my favorite one would be ‘Chapters’ yang ada single ‘Crush’ bersama Usher. I think that was the album yang betul-betul I explore tanpa fikir apa orang fikir and album ini juga yang membuatkan I jumpa banyak sound baru, genre yang bermacam-macam. ‘Chapters’ is something special for me.
E: Musically ada lagi yang Yuna mahu teroka?
Y: I really want to try something like Pop Rock stuff yang I did when I was younger. I really love that sound because you know when I started doin that stuff I was very young. I didnt have the skills that I have now. So I am kinda curious to see what more can I do with the skills and adapt dengan apa yang I dah experience selama 15 tahun. So yeah I rasa I nak go back to that genre and see what more I can do.
E: Kalau ada satu hal yang membimbangkan seorang Yuna itu apa mungkin?
Y: Maybe I just bimbang the way how the music business run right now. We don’t do albums anymore, now semua orang buat single and focus on TikTok and also streaming platforms. As an artiste you only make 0.003 dollars from one stream, and it is getting worse sebab now you have to pay for ads untuk your music to get featured in their platform. Even you dah ada fans tapi the songs tak reach to your fans sebab you tak invest in promotion on their platform. Itu mungkin challenge zaman sekarang. But my focus is to always make music that I love and just enjoy the moment.

E: Dalam bekerja, do you believe in taking time or following the deadline?
Y: I believe in taking time and I also believe you must follow a deadline. I percaya a deadline is something that you have to respect because it involves a lot of people, so I really understand the deadline. Tapi pada masa yang sama penting juga untuk I ambil masa untuk siapkan kerja so I dapat hasilkan something great sebab you need to put your heart and soul into it.
E: Perjalanan panjang bermuzik ini, Yuna masih ada struggle atau sudah selesa sebetulnya?
Y: Dua-dua pun ya juga, I don’t have any struggles in making music tapi ada struggle dalam memikirkan how the music business bergerak sekarang. Sebagai pemuzik, I kena realistik pada masa yang sama, I nak inspire people with my music. Cabaran besar untuk pemuzik hari ini adalah untuk betul-betul faham how they can make profit daripada apa yang diusahakan. So far, I selesa I boleh survive by making music.
E: Do you have an exit plan? Atau berhenti is not an option?
Y: This question is interesting. I don’t really have an exit plan tapi I rasa, let’s say one day I nak quit, I’ll just quit. I’m that kind of person. If I’m done with everything, maybe I’ll delete my social media or stop being a public figure. Sebab masa mula I start dulu, I didn’t sell myself for the industry. Apa-apa yang datang I terima dan andai kata Allah nak tarik balik pun, I redha. I ada experience yang I dah berusaha tapi rezeki tak berpihak pada I, so I just have to redha. For now, exit plan tak ada. But new plans sentiasa ada.
*Baca temu bual penuh menerusi majalah ELLE edisi Mac 2025 di pasaran atau di sini