
Satu abad mendepani dunia horologi, Rolex meraikan tahun istimewa ini dengan menghidupkan semula nadi Oyster yang mula diperkenalkan pada tahun 1926. Jam tangan kalis air pertama jenama ini telah melalui satu transisi besar dan sejak itu ia menjadi titik penting untuk terus bernadi sebagai pembuat jam tangan berprestij sehingga hari ini.
Penciptaannya sentiasa didorong oleh ketelitian juga ketepatan oleh tenaga pakar terlatih. Ketika diperkenalkan ia membuka ruang untuk satu kemungkinan baru yang bakal membentuk satu masa depan. Dengan kemajuan sains dan teknologi, tercipta satu prestasi teknikal yang begitu diraikan sehingga kini.
Melalui koleksi ini, Rolex membawa era baru pencapaian dan inovasi. Menjadikan ia sesuatu yang penuh prestij menerusi pensijilan Superlative Chronometer sebagai lambang komitmen jenama ini. Merterai cop hijau yang ikonik menjadikan kredibilitinya dipandang tinggi pengikut dunia horologi.
Oyster Perpetual 41
Fokus utama Watches & Wonders di Rolex tahun ini pasti saja pada penciptaan Oyster Perpetual 41 yang serba baru. Bekas diperbuat daripada Oystersteel, bahan aloi yang dikenali dengan ketahanan hakisan. Bezel dan crown dihasilkan sepenuhnya emas kuning 18 karat gabungan dwi tona penciptaan khusus Rolex yang dipanggil Rolesor. Ia sebuah dedikasi awal Oyster yang banyak menggunakan bahan mineral seperti Zephyr.
Menjadikan edisi ini kali lebih istimewa, ukiran '100' disematkan pada crown dan di kedudukan jam 6 memaparkan '100 Years' pada dail. Dengan kaliber 3230, prestasi Oyster dipertingkatkan dengan rizab ketahanan sehingga 70 jam.
Oyster Perpetual 36
Dengan cara yang paling halus dan pendekatan moden, permukaan dail Oyster Perpetual 36 mengembalikan ingatan motif Jubilee yang diperkenalkan pada penghujung era 1970-an. Aksara Rolex disusun rawak multi-rona mencipta sesuatu yang cukup fun. Ini menjadi perlaksanaan yang datang dengan cabaran tersendiri. Ia disusun satu per satu bagi memastikan rawak ronanya seirama biar dalam kontras yang nyata.
Oyster Perpetual 28 and 34
Oyster Perpetual 28 dan 34 datang dalam kemasan emas kuning 18 karat. Ia sesuatu yang sudah lama tidak dihasilkan jenama ini sejak tahun 2001 oleh jenama ini. Didatangkan dalam material yang dikemaskini dail yang disempemurnakn rona hijau. Ia menjadi identiti warisan Oyster berganti generasi sejak ia diperkenalkan.
Oyster Perpetual menjadi lambang ketepatan dan kejituan waktu. Penghasilannya kali ini benar-benar mencapai satu standard tertinggi seiring visi yang ditetapkan. Apa yang ditawarkan adalah sesuatu yang berpaksikan warisan dengan peningkatan pada mutu penciptaan.
Pengenalan baru Oyster Perpetual Datejust 41 datang dengan Rolesor ciptaan ikonik. Cukup elegan dengan dail biasan hijau, ia menjadi terampilan baru dan segar sejak diperkenalkan semula pada tahun 2019. Indeks waktu Chormalight menjadikan penciptaannyabegitu menyerlah dengan bezel dan tali yang lengkap dengan cangkuk Oysterclasp.
