Langgan

Puisi Waktu Bovet

Pentafsiran kini warisan dan kejituan waktu
2 minit untuk membaca
Published: September 22, 2026

 

Selama lebih dua abad BOVET mengukir sebuah legasi melalui karya horologi yang melangkaui batas fungsi mekanikal semata-mata. Ia lantas menjelma sebagai objets d’art sebuah khazanah seni yang diwarisi, dikagumi dan dihargai merentas generasi jenama ini. Setiap ciptaannya tidak hanya berfungsi sebagai penunjuk waktu tetapi sebuah pernyataan tentang keindahan penciptaan, kehalusan seni ketukangan dan masa yang dihargai.

Di bawah visi pemiliknya, Pascal Raffy, maison terus merentas sempadan haute horlogerie kontemporari dengan berpandukan sebuah falsafah yang halus namun teguh iaitu kecemerlangan seni pembuatan jam yang seimbang antara keindahan karya cipta, ketepatan, seni dan fungsi.

Menerusi falsafah ini maka lahirlah komplikasi yang luar biasa. Karya-karya yang tidak sekadar dicipta untuk dipandang tetapi untuk dirasai dan bukan hanya untuk dikagumi tetapi untuk diguna, dibawa dan menemani satu perjalanan hidup yang panjang. BOVET percaya keagungan sebuah arloji tidak hanya terletak pada apa yang tersembunyi di dalam mekanismenya tetapi bagaimana ia menjadi sebahagian daripada kisah setiap pemakai.

 

“The Poetry of Time” menyingkap sebuah penerokaan tentang seni, ketepatan dan inovasi seni pembuatan jam menerusi koleksi terbaru maison iaitu Récital 30 Ceramic, bersama dua mekanisme in-house manufacture terbaru yang terserlah melalui Récital 31 dan Récital 32. Sebuah persembahan horologi yang mempertemukan kecanggihan mekanikal dengan nilai estetika menjadikan perjalanan masa sebagai sebuah landskap seni yang hidup.

Récital 30 Ceramic mempertemukan mekanisme waktu dunia perintis BOVET dengan keunggulan seramik berteknologi tinggi, sekali gus menandakan julung kalinya bahan ini diperkenalkan dalam sejarah gemilang maison tersebut. Récital 31 hadir sebagai tafsiran baru terhadap komplikasi kalendar kekal.

Récital 32 pula membawa falsafah ini ke ranah pengembaraan meneruskan legasi lebih dua abad kepakaran BOVET dalam seni horologi untuk pengembara. Buat julung kalinya, maison memperkenalkan GMT sebenar yang menggabungkan fungsi GMT bebas dengan flying tourbillon bersaiz lebih besar, dirangkum dalam bekas 42mm.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down