
Apalah erti majlis gemilang penganjuran anugerah Oscars tanpa kilauan permata dan arloji yang membaluti tubuh selebriti yang hadir. Acara yang berlangsung meriah semalam menjadi saksi semua yang hadir memandang kagum pada keanggunan penciptaan.
Di pergelangan Amy Madigan tersarung jam tangan OMEGA Seamaster Aqua Terra. Aktres ini turut pulang dengan trofi Aktres Pembantu Terbaik menerusi filem 'Weapons'. Beberapa selebriti lain yang datang dengan jam tangan mewah OMEGA ialah Nicole Kidman OMEGA 14K white gold Sapphette (1966).
Piaget juga menjadi tumpuan di karpet merah. Beberapa selebriti lain seperti Tate McRae, Kerry Condon, Usher dan pemenang Aktor Terbaik menerusi filem Sinners, Michael B. Jordon turut dilihat menyarung jam tangan mewah jenama ini.
Dua duta global Bvlgari, Priyanka Chopra dan Anne Hathaway hadir lengkap glamor. Anne Hathaway menyarung barang kemas Bvlgari Neoclassical Starlight High Jewelry dan Priyanka Chopra pula mewah dalam koleksi Serpenti Illusio High Jewelry.
Cartier turut menjadi perhatian, beberapa selebriti ternama seperti Elle Fanning dan Zoe Saldana antara yang begitu mencuri perhatian di karpet merah. Elle Fanning hadir sebagai penerima pencalonan bagi kategori Aktres Pembantu Terbaik bagi filem Sentimental Value.
Acara Oscars semalam berlangsung di Dolby Theatre at Ovation Hollywood dengan menyaksikan kemenangan besar filem 'One Battle After Another' dan 'Sinners'.
