Langgan

Cartier Meraikan Usahawan Wanita Global

Cartier Women's Initiative menyokong usahawan wanita global.
1 minit untuk membaca
Published: March 27, 2026

Cartier Women’s Initiative yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 menjadi inisiatif jenama ini dalam menyokong dan memberi sokongan penuh buat usahawan wanita yang mencipta impak tersendiri. Program yang sudah bergerak selama dua dekad ini bertumbuh sebagai sebuah platform transformasi wanita dan inovasi.

Komuniti global yang disatukan menjadi satu sistem sokongan bagi mendorong setiap usahawan wanita untuk terus melaksanakan sesuatu yang memberi kesan. Berteras pada kepercayaan serta peluang - Cartier membuka pintu bagi wanita-wanita ini memimpin. berinovasi dan barkarya.

Sebagai tanda sebuah pencapaian, tahun ini Cartier sekali lagi menganjurkan acara istimewa meraikan wanita-wanita hebat ini dengan tema “Lighting the Path”. Apa yang mengujakan, tahun ini memberi penghormatan bagi wanita yang memacu perubahan dengan keberanian, kreativiti dan keyakinan.

30 usahawan wanita dipilih menerusi program Cartier Women's Initiative tahun ini.

Usaha mampan ini membuka jalan buat usahawan wanita global bergerak ke arah masa depan yang lebih adil dan inklusif. Sepanjang dua dekad ini Cartier Women's Initiative telah menyokong lebih 300 usahawan wanita yang mencipta momen serta impak.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66 negara telah turut serta dalam menyatukan sebuah komuniti global. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih 520 ahli yang aktif terlibat dalam program ini dengan sokongan kewangan sebanyak USD $14.1 juta.

Kesemua sokongan kewangan ini dilaksanakan dengan pendekatan holistik berteraskan impak yang menggabungkan dana berbentuk geran, program usahasama, pembangunan kepimpinan dan sokongan menyeluruh yang melibatkan akses komuniti berpanjangan.

Tahun ini seramai 30 usahawan wanita seluruh pelosok dunia dipilih. Antara yang mendapat sokongan program ini bagi tahun 2026 ialah Cristina Campero Peredo (Mexico), Maricruz Larrea Perez (Chile), Natalia Cano (Colombia), Keely Cat-Wells dan Vanessa Castañeda Gill (Amerika Syarikat).

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down