Langgan

Louis Vuitton Perkenal Jelitawan Color Blossom

Pesona Color Blossom
1 minit untuk membaca
Published: April 8, 2026

 

Bempena ulang tahun ke-130 kanvas Monogram Louis Vuitton, rumah fesyen ini meraikan tenaga kreatif motif ikonik tersebut melalui ekspresi terkini menerusi koleksi barang kemas Color Blossom.

Koleksi penuh simbolik ini diperkenalkan dengan pilihan warna baru iaitu  biru gelap yang jarang digunakan dalam penghasilan aksesori hari ini. Menjadikan ia lebih istimewa, reka bentuk pavé baru mencuri perhatian.

Sebanyak 28 rekaan barang kemas memperkayakan koleksi Color Blossom, khusus untuk pengguna yang sentiasa mahu bereksperimen dengan penggayaan aksesori.

lebih istimewa bagi meraikan dunia penuh keanggunan ini Louis Vuitton memperkenalkan dua jelitawan Color Blossom iaitu Ana de Armas dan Ouyang Nana menerusi kempen terkini koleksi yang cukup feminin ini. Dirakam cukup santai dan anggun bersama koleksi terpilih yang menawan.

 

Penciptaan Color Blossom

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Color Blossom tampil cukup dominan dengan rekaan bunga Monogram yang menterjemahkan sifatnya ke dalam batu ukiran yang disepadukan dengan kemasan emas.

Mother of pearls, onyx dan malachite telah mencorakkan identiti koleksi ini melalui permukaan berkilau tersendiri. Reka bentuknya berpaksi pada motif bunga dan dibentuk dengan isi padu dan kedalaman menggunakan teknik ukiran yang cukup teliti, sekali gus memastikan kualiti penciptaan.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down