Langgan

Kini Trending: Cara Menggayakan Brooch Dengan Sentuhan Moden

Serlahkan gaya dengan menyelitkan kerongsang ke dalam penampilan anda. Cara mudah untuk mencuri perhatian!
1 minit untuk membaca
Published: January 19, 2025
Brooch
Dari pentas peragaan Moschino musim luruh/dingin 2024

Jika dahulu kerongsang sinonim dengan keanggunan diraja dan pemakaian formal, kini a bangkit semula sebagai aksesori moden yang penuh elegan. Aksesori ini melangkaui batas tradisi, menjadi pernyataan gaya yang berani atau harmoni dalam gabungan reka bentuk yang kreatif. Kebangkitannya bagaikan seni lama yang diberi nafas baru, memukau dunia fesyen dengan pantas dan penuh inovasi.

Dengan kilauan gemerlapnya, kerongsang dan pin tetap memberikan sentuhan sofistikated tanpa perlu usaha gaya yang berlebihan. Ia boleh dipakai sebagai aksesori untuk menyerlahkan jaket, beg, malah turban anda juga. Jadi, gali semula khazanah berharga dalam kotak barang kemas nenek atau cari pilihan vintaj unik yang menceritakan kisah zaman dahulu.

Brooch
Dari pentas peragaan Lacoste musim bunga/panas 2025

Monogram Brooch, Saint Laurent

Tiga huruf yang membentuk salah satu simbol paling ikonik dalam dunia fesyen. Diperbuat daripada loyang berwarna emas dengan tekstur yang menarik.

Brooch

Elsa Peretti Starfish Brooch, Tiffany & Co.

Serlahkan aura keajaiban lautan dengan kerongsang ini, diperbuat daripada perak tulen.

Cartier Libre Tuttitutti Brooch, Cartier

Sesuatu yang memukau untuk menyemarakkan jaket sut anda, mungkin? Diperbuat daripada emas putih dengan kemasan rodium dan dihiasi dengan berlian potongan brilliant berjumlah 1.49K.

Lucky Animals Hedgehog Clip, Van Cleef & Arpels

Si comel yang pasti mencerikan OOTD anda. Diperbuat daripada 18K emas, mother-of-pearl dan batu hiasan.

Anagram Brooch, Loewe


Brooch yang diperbuat dengan saduran emas, emas mawar serta palladium. Rekaan ikonik yang akan memberikan sentuhan berkilau mewah pada setiap penampilan anda.

Hyperbola Brooch, Swarovski


Bows are having a moment dan pilihan ini dilapisi rhodium serta dihiasi dengan deretan Swarovski Zirconia jernih.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down