Jenama jam tangan Swiss, Longines meneruskan legasi dalam penghargaan terhadap bakat tempatan menerusi satu pengumuman manis dengan menamakan Siti Saleha sebagai rakan jenama mereka. Pemilihan Siti Saleha dilihat seiring dengan moto jenama ini iaitu "Elegance is an Attitude".
Kolaborasi ini menampilkan Siti Saleha memakai koleksi Conquest 38 mm keluli tahan karat dengan dail hijau yang begitu sofistikated. Cukup ikonik dengan oenggunaan siang atau malam - gayakan dengan apa jua stail peribadi anda sama ada mahu dengan seakers atau kasut tumit tinggi. Koleksi Conquest ini datang cukup versatil.
REKAAN DINAMIK
Tidak ketinggalan dalam memakai Longines Masterclass Collection Moonphase 34 mm, siri ini turut menjadi fokus utama kempen kolaborasi Siti Saleha bersama Longines. Menampilkan mother-of-pearl pada dail dengan tali kulit buaya menjadi lambang keaslian dalam keperibadian. Plihan klasik namun refreshing digerakkan dengan ilham minimalis dan berteras pada kekayaan warisan jenama ini. Klasik namun masih menyerlah.
Seiring dengan kolaborasi ini, Siti Saleha akan berkongsi lebih lagu dengan peminat duni horologi juga peminatnya caranya menghidupkan jam tangan ini sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya. Selain diperakui sebagai aktres berbakat, Siti Saleha juga dilihat memiliki digital presence yang cukup kuat.