Pabila membuka topik Penang yang pertama terlintas di fikiran tentu saja food, food and food bukan? Tapi sebenarnya Penang is more than food. Sejak diumumkan sebagai negeri World Heritage oleh UNESCO, Pulau Pinang menjadi destinasi kreatif anak tempatan berkarya dan memberikan nafas baru gaya hidup di sini.
MUCCA PAPER
Jenama yang cukup dikenali dengan rangkaian jurnal ini mula mencuri perhatian ketika diperkenalkan pada pengguna secara meluas sekitar tahun 2017. Berpangkalan di Georgetown, ia dibangunkan pemiliknya Kwan Yee Mung yang memiliki minat mendalam dengan the art of writing. Mucca Paper sehingga hari ini menjadi jenama pencinta jurnal.
BUTTESAGE POTTERY
Minat dalam bidang seni menemukan pemilik bisnes seramik, Belle Yeoh membuka Buttersage Pottery. Kualiti pembuatan sentiasa menjadi fokus utama Belle dan hal ini memerlukan masa agar setiap satu yang dihasilkan mengikut standard yang serupa. Jika anda berada di Kuala Lumpur koleksi terhad Buttersage Pottery juga boleh didapati di @shopunplug Bangsar Village II.
BY HOGEN
Pertemuan di salah satu pameran seni bina menemukan dua jiwa seni menyatu mencipta sesuatu yang harmoni. Koleksi perabot By Hogen berpangkalan di Westlands Rd, George Town menjadi tempat pengasasnya Neoh dan Goh berkarya dan berkongsi ilham perabot moden yang kreatif ciptaan tempatan.
SIXTH SENSE SHOP
Terletak di Georgetown. Sixth Sense cukup dikenali sebagai jenama gaya hidup yang membawakan koleksi lilin, haruman, kelengkapan essential kediaman sehingga rangkaian pakaian kasual. Jenama yang cukup dikenali dengan rekaan minimalism atas prinsi zen dan kesederhanaan.
AE COFFEE
Melepaskan karier dalam bidang korporat, membawa pemiliknya Megan bertemu dengan award winning barista, Jonathan untuk membuka kafe yang diberi nama AE Coffee. Destinasi kopi artisan ini wajib anda kunjungi kala ke Penang. Fasa kedua dengan ruang yang lebih luas dibuka Januari ini.