Langgan

Keraian Musim Percutian di The Exchange TRX

Pusat beli-belah The Exchange TRX menjadi destinasi gaya hidup, fesyen, kecantikan dan hiburan warga kota.
3 minit untuk membaca
Published: December 9, 2024

Lokasinya yang cukup strategik di tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan TRX sebagai salah satu destinasi yang begitu mudah diakses baik penduduk setempat sehinggalah pelancong asing yang mahu menikmati keterujaan terbaru ini. Pengalaman beli-belah yang cukup mewah dengan barisan butik-butik bertaraf antarabangsa sehingga pilihan makanan yang merentasi citarasa mampu dinikmati di bawah satu bumbung.

Saat kaki melangkah masuk ke pusat beli-belah ini mata sudah tertumpu pada deretan butik-butik fesyen mewah seperti Chanel, Gentle Monster, Louis Vuitton dan Prada antaranya. LED Panel yang dipenuhi dengan visual cukup menarik membuat mata tidak berkedip melihatnya. 

The Exchange TRX menjadi syurga wanita yang pastinya membuatkan mereka rambang mata memilih mana satu yang mahu dikunjungi dahulu. Bagi yang mahu mencari aksesori mewah singgah saja ke Tiffany & Co kerana di sana pasti membuat mata anda rambang dengan pilihan yang ada. Jangan terlepas melihat setiap satu daripadanya terutama sekali koleksi percutian jenama ini iaitu ‘With Love, Since 1837’. 

Tidak terikat pada pilihan fesyen dan aksesori wanita sahaja, The Exchange TRX turut membariskan pilihan kelengkapan rumah dan cenderahati berkualiti tinggi yang anda boleh dapatkan di Royal Selangor. Sentiasa menawarkan pilihan eksklusif dengan rekaan menarik yang kuantitinya terhad. Setiap satu item yang ada di sini mampu memberikan keterujaan bagi anda yang mahu mendapatkan hadiah mungkin untuk diberikan bersempena sambutan musim percutian nanti. 

Royal Selangor

PENGALAMAN GASTRONOMI TERBAIK

Penat berjalan menikmati deretan butik-butik hebat jangan lupa singgah untuk menikmati hidangan pelbagai yang ada di sini. Pengalaman gastronomi yang disediakan di sini semuanya bertaraf antarabangsa. 

Hokkaido Table antara yang wajib anda cuba saat mengunjungi pusat beli-belah ini. Nikmati makan malam enam hidangan yang disediakan di sini oleh chef yang cukup berpengalaman. Suasana restoran yang membangkit rasa mewah dengan hiasan dalam serta permainan cahayanya sambil diiringi muzik yang menyenangkan. Anda pasti pulang dengan memori yang membekas di ingatan. 

Godiva

Singgah ke Godiva untuk membawa pulang koleksi musim percutian mereka yang begitu menarik perhatian. Kafe berkonsep yang terletak di aras bawah ini sempurna tidak hanya sebagai destinasi membeli bingkisan tetapi lokasinya cukup tenang sesuai untuk anda berehat seketika dan menikmati manisan yang disediakan di sini. Bawa keluarga atau teman ke sini dan rakam momen bersama yang akan menjadi ingatan selamanya.

Bagi penggemar muzik bersama band yang bermain secara live, Lane 23 menjadi destinasi terhangat kini. Di sini menjadi lokasi terbaik untuk anda berkumpul bersama teman-teman menghabiskan masa bersama.

Lane 23

BINGKISAN MUSIM PERCUTIAN

Istimewa bersempena sambutan musim percutian tahun ini The Exchange TRX memenuhi kehendak pengunjung untuk menjadi destinasi terbaik mendapatkan bingkisan premium untuk diberikan sebagai cenderahati. Dengan tema ‘Sparkle & Splendour’ - The Exchange TRX membawakan keterujaan sambutan musim percutian tahun ini dengan menawarkan pengalaman beli-belah yang menarik. 

Bermula 22 November 2024 sehingga 1 Januari 2025 nanti pengunjung boleh berbelanja dan menang hadiah istimewa yang ditawarkan sepanjang tempoh ini. Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah kalendar istimewa Lego (Bagi pembelian RM1,000 ke atas / RM800 dengan kad UOB), tumbler istimewa Wicked (Bagi pembelian RM2,000 ke atas / RM1,500 dengan kad UOB) dan berbelanja RM3,500 ke atas atau menggunakan kad UOB dengan berbelanja sebanyak RM3,000 anda berpeluang mendapatkan set istimewa produk daripada RITUALS.

Antara hadiah tebusan istimewa yang boleh dimiliki pengunjung.

Satu hal yang bakal menjadi tarikan utama tentu saja dekorasi musim percutian yang begitu menakjubkan. Dibawakan khas oleh bank UOB, dekorasi penuh inspirasi musim musim percutian ini ditempatkan di Raintree Plaza. Dipenuhi pohon tirus yang sinonim dengan sambutan Krismas bersama kelipan lampu yang membalutinya bersama props seperti kereta luncur, salji juga reindeer menjadi spot terbaik untuk bergambar. 

The Exchange TRX tidak akan mengecewakan anda yang mahukan pengalaman terbaik gaya hidup yang melengkapi setiap kehendak pengunjungnya. Kepelbagaian pilihan jenama dan citarasa berbeza mengikut kehendak setiap pengunjung mampu dikecapi di sini.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down