Langgan

Eksplorasi ELLE : Manual Weekend Acara Lokal Hujung Minggu Ini

Tiada idea untuk aktiviti hujung minggu ini? ELLE's got you covered!
2 minit untuk membaca
Published: October 25, 2024

Ketahui acara lokal paling hip yang berlangsung hujung minggu ini (26 & 27 Oktober 2024) yang boleh anda lakukan bersama keluarga mahupun teman tersayang. Weekend vibes, here we come!

Pasar Seloka x UR-MU

Pasar Seloka kembali dengan kolaborasi menerujakan bersama UR-MU di The Toffee KL dengan 25 vendor daripada pelbagai jenama lokal yang pastinya ada untuk anda. Kemasukan adalah percuma dan lihat Instagram Pasar Seloka untuk maklumat lebih lanjut.

Tarikh: 26 & 27 Oktober 2024

Masa: 11 pagi - 8 malam (26 Okt) & 11 pagi - 6 petang (27 Okt)

Tempat: The Toffee KL

Coffee Boy Club + Halo Doughnut di Gasket Alley

Adakah anda peminat fanatik cheesecake dan akan membuat apa saja untuk memenuhi keinginan dessert anda? Untuk satu hari sahaja, Coffeeboy Club menyediakan empat menu cheesecake signature mereka di Halo Doughnut, Gasket Alley pada 26 Oktober 2024. We're eyeing on the Basque de Pistache!

Tarikh: 26 Oktober 2024

Masa: 9.30 pagi sehingga habis dijual

Tempat: Halo Doughnut, Gasket Alley

Rumah Tangsi Stadium Merdeka Heritage & Cultural Tour

Teroka sejarah dan budaya dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Rumah Tangsi di Stadium Merdeka hujung minggu ini. Jangan lupa untuk imbas QR Code untuk mendaftar. Check out Instagram Rumah Tangsi untuk info lebih lagi.

Tarikh: 26 & 27 Oktober 2024

Masa: Sesi 1: 10 pagi - 11 pagi
Sesi 2: 11.20 pagi - 12.30 pagi

Tempat: Stadium Merdeka

Pasar Selambe Central Market

Berlibur dengan pesta muzik klasik dan permainan karnival di Pasar Selambe Central Market hujung minggu ini yang pastinya membangkit nostalgia. Acara yang berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam ini membariskan lebih daripada 80 vendor tempatan, dan mempunyai pelbagai aktiviti mesra keluarga.

Tarikh: 25, 26 & 27 Oktober 2024

Masa: 10 pagi - 10 malam

Tempat: Central Market

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down