Langgan

5 Filem Patriotik Untuk Tonton Hujung Minggu Ini

Merdeka, Merdeka, Merdeka!
1 minit untuk membaca
Published: August 31, 2024

Selepas menonton perarakan Merdeka di kaca TV yang menjadi kawajipan rakyat Malaysia di waktu pagi, apa kata Netflix and chill tonton filem-filem patriotik sempena Hari Merdeka ini bersama insan yang tersayang? ELLE kumpulkan senarai lima filem patriotik untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan. Let's go!

1957: Hati Malaya

1957: Hati Malaya ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2007 menceritakan tentang kronologi Malaysia untuk mendapatkan kemerdekaan serta kisah anak-anak muda menghayati sejarah negara yang dapati menyuntik semangat nasionalisme. Pelakon hebat tanah air seperti Maya Karin, Rusdi Ramli, Sharifah Amani dan Adi Putra membintangi filem ini di bawah arahan Shuhaimi Baba.

Takluk: Lahad Datu

Filem yang sedang ditayangkan di pawagam, Takluk: Lahad Datu menceritakan tentang kisah wira negara berkorban nyawa dalam tragedi pertempuran yang terjadi pada tahun 2013 di Sabah menyebabkan kehilangan nyawa dalam angkatan tentera Malaysia. Filem aksi perang ini memecah panggung dengan mengutip sebanyak RM3 juta selepas hanya satu hari tayangan. Hebat!

Ola Bola

Buat anda yang mahu menonton filem yang lebih bergenre ringan, filem Ola Bola olahan pengarah Chiu Keng Guan adalah pilihan yang sesuai. Ola Bola mengisahkan tentang perjuangan pasukan bola sepak tanah air untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik Moscow.

Embun

Filem terbitan 2002, Embun mengisahkan tentang seorang gadis Melayu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negara menentang tentera Jepun. Hasil lakonan berkesan oleh Umie Aida berjaya memenangi banyak anugerah menerusi filem ini.

Leftenan Adnan

Sebuah filem drama perang biografi berlatarbelakangkan perang dunia kedua menentang tentera Jepun arahan Aziz M. Osman. Filem ikonik ini pernah memenangi dua anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan empat anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down