Selepas berdepan hari-hari berjerebu, cuaca Malaysia kini memasuki satu lagi fasa yang boleh mengganggu rutin senaman, iaitu musim monsun. Hujan lebat, laluan yang licin dan cuaca yang sukar dijangka mungkin membuatkan aktiviti seperti berlari, berbasikal atau bersenam di luar rumah kurang praktikal.
Namun, apabila cuaca tidak mengizinkan, ini tidak bermakna anda perlu menghentikan latihan sepenuhnya. Sesi larian boleh diteruskan di atas treadmill, kayuhan boleh dialihkan ke dalam rumah, manakala latihan di gim memberi peluang untuk membina kekuatan dan meningkatkan mobiliti tubuh.
Malah, perubahan rutin ini boleh dimanfaatkan untuk memberi perhatian kepada aspek kecergasan yang mungkin terlepas pandang ketika terlalu fokus pada sukan utama. Dengan bantuan jam pintar seperti Garmin, anda juga boleh memantau prestasi, intensiti senaman dan pemulihan tubuh agar latihan kekal teratur, walaupun dilakukan di dalam ruang tertutup.
1. Cari Alternatif Senaman Indoor Yang Sesuai Dengan Rutin Anda

Jika hujan lebat atau kualiti udara kurang baik menyebabkan aktiviti luar tidak sesuai, pertimbangkan alternatif yang masih memenuhi matlamat latihan anda. Runners boleh beralih ke treadmill untuk berlatih mengikut rentak tertentu atau melakukan interval training, manakala cyclist boleh menggunakan indoor bike trainer untuk mengekalkan rutin kayuhan.
Bagi mereka yang lebih gemar latihan di gim, ini peluang untuk menggabungkan latihan kardio dengan sesi strength and conditioning. Perenang pula boleh mempertimbangkan covered swimming pool, jika tersedia.
Untuk pengalaman berbasikal di rumah yang lebih interaktif, indoor bike trainer Garmin Tacx membolehkan pengguna mengikuti sesi latihan berstruktur dan meneroka laluan maya melalui aplikasi latihan yang serasi. Sementara itu, pemain golf boleh menggunakan Garmin Approach R50, sebuah simulator dan alat pemantau launch yang membolehkan latihan hayunan serta analisis data bola dan kayu golf dilakukan di dalam rumah.
Bagi atlet yang menggabungkan beberapa jenis senaman, ciri Mixed Session Workouts dan Multisport Activities pada peranti Garmin yang serasi turut membantu merekodkan sesi yang melibatkan pelbagai aktiviti.
2. Gunakan Masa Ini Untuk Memperkukuh Bahagian Yang Kurang Diberi Perhatian

Apabila sesi larian atau kayuhan terpaksa ditangguhkan, manfaatkan masa tersebut untuk melakukan strength training, body core dan mobiliti. Selain membantu membina rutin kecergasan yang lebih seimbang, latihan ini boleh melengkapkan sukan ketahanan seperti berlari dan berbasikal.
Pelari, misalnya, boleh memberi tumpuan kepada kekuatan kaki dan kestabilan teras, manakala penunggang basikal boleh memasukkan latihan mobiliti serta kekuatan otot ke dalam jadual mingguan. Bagi mereka yang mempersiapkan diri untuk triatlon atau acara kecergasan hibrid, latihan conditioning juga boleh membantu meningkatkan keupayaan tubuh menghadapi pelbagai tuntutan fizikal.
Ciri Strength Training pada peranti Garmin yang serasi membolehkan anda merekodkan sesi latihan dan menyemak data selepas bersenam. Animasi latihan kekuatan serta ciri Muscle Maps pula membantu pengguna mengenal pasti kumpulan otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan, sekali gus memudahkan perancangan sesi seterusnya.
3. Sesuaikan Jadual Latihan, Bukan Mengejar Sesi Yang Tertinggal
Apabila satu sesi latihan terpaksa dibatalkan, mudah untuk berasa perlu menggantikannya pada hari berikutnya. Namun, menambah terlalu banyak latihan dalam tempoh singkat boleh meningkatkan keletihan dan mengurangkan masa pemulihan yang diperlukan tubuh.
Sebaliknya, lihat jadual latihan secara keseluruhan. Jika anda sedang membuat persediaan untuk larian 10 kilometer, utamakan sesi utama yang menyokong matlamat tersebut berbanding cuba melengkapkan setiap latihan yang tertinggal. Bagi mereka yang bersenam untuk kesihatan umum, konsistensi jangka panjang lebih penting daripada memaksa diri memenuhi jadual yang tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.
Di sinilah ciri seperti Garmin Coach dan Daily Suggested Workouts boleh membantu pengguna peranti yang serasi. Kedua-duanya menawarkan panduan latihan, sama ada melalui pelan yang lebih berstruktur atau cadangan senaman berdasarkan faktor seperti aktiviti terdahulu dan data kecergasan.
4. Fahami Intensity Senaman Anda

Tidak setiap sesi latihan perlu membuatkan anda berasa keletihan sepenuhnya untuk dianggap berkesan. Mengetahui bila perlu meningkatkan intensiti dan bila perlu memperlahankan rentak boleh membantu anda berlatih dengan lebih terancang, sama ada ketika berlari di atas treadmill, mengayuh basikal statik atau melakukan latihan conditioning.
Kadar denyutan jantung merupakan salah satu petunjuk yang boleh digunakan untuk memahami intensiti senaman. Apabila digabungkan dengan kelajuan, tempoh latihan dan tahap usaha yang dirasai, data ini membantu anda membezakan sesi berintensiti rendah daripada latihan yang lebih mencabar.
Pengguna Garmin boleh memantau kadar denyutan jantung ketika bersenam, selain menyemak metrik seperti kadar denyutan jantung rehat dan Heart Rate Variability (HRV) Status untuk memahami corak tubuh dari semasa ke semasa.
HRV mengukur variasi masa antara satu degupan jantung dengan degupan berikutnya. Perubahan daripada julat kebiasaan boleh berkait dengan beberapa faktor, termasuk beban latihan, tidur dan tekanan. Jika bacaan berubah dan anda turut berasa luar biasa letih, pertimbangkan untuk mengurangkan intensiti latihan sementara waktu.
Walau bagaimanapun, HRV bukan alat diagnosis dan tidak dapat menentukan punca sesuatu perubahan secara bersendirian. Gunakannya sebagai satu petunjuk bersama keadaan fizikal, simptom dan tahap tenaga anda sebelum memutuskan sama ada mahu meneruskan latihan berat atau memilih sesi yang lebih ringan.
5. Pemulihan Juga Sebahagian Daripada Kemajuan

Ketika berusaha mencapai matlamat kecergasan, mudah untuk memberi tumpuan kepada jumlah latihan yang dilakukan sehingga terlupa kepentingan tidur, pengurusan tekanan dan rehat. Hakikatnya, pemulihan yang mencukupi membantu tubuh bersedia menghadapi sesi latihan seterusnya.
Ciri kesihatan dan kesejahteraan pada peranti Garmin yang serasi boleh membantu anda memahami corak ini. Sleep Tracking, Sleep Score dan Sleep Coach memberikan gambaran tentang tabiat tidur, manakala pemantauan tekanan dan Body Battery menawarkan maklumat tambahan berkaitan tekanan serta anggaran tahap tenaga tubuh.
Sebagai contoh, jika anda beberapa malam berturut-turut kurang tidur dan berasa lebih lesu daripada biasa, pertimbangkan untuk menggantikan sesi berintensiti tinggi dengan senaman ringan atau hari rehat tambahan, mengikut keadaan tubuh anda.
Dengan memerhatikan corak ini dari semasa ke semasa, anda boleh mengenal pasti sama ada jadual latihan yang padat berlaku seiring dengan peningkatan tekanan atau kekurangan tidur.

