
Club Med mencipta satu landskap percutian yang lengkap dengan empat resort yang ikonik mereka iaitu Club Med Tomamu, Sahoro, Kiroro Grand dan Kiroro Peak. Setiap satunya menawarkan satu pengalaman eksklusif tidak hanya menikmati salji tetapi tentu saja warisan dan budaya masyarakatnya.
Pengalaman bercuti dengan pentafsiran baru yang memberi keselesaan dan eksklusiviti destinasi singgah turut menjadi keutamaan kebanyakan kita. Maklum sahajalah usai melakukan aktiviti ski dan melihat dekat pemandangan landskap luar biasa Hokkaido, pasti mahu pulang ke bilik hotel menikmati keselesaan maksima.
Jepun yang sentiasa menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia dalam mengembara tidak kira secara solo sehingga bersama keluarga. Tokyo, Osaka dan Kyoto bandar yang cukup dekat kita semua dan tentu saja bagi yang mahu merasakan pengalaman musim sejuk, Hokkaido sempurna sebagai destinasi kembara.

Menurut Pengurus Besar Singapura dan Malaysia iaitu Olivier Monceau pelancongan premium hari ini tidak hanya menjadi destinasi singgah tetapi lebih kepada mencipta satu kenangan berpanjangan bagi setiap yang mengalaminya. “Bagi ramai pelancong Malaysia, percutian musim sejuk dengan salji menjadi peluang untuk mereka benar-benar merasakan sesuatu yang berbeza.
Sama ada bangun pagi dengan menikmati pemandangan gunung-ganang atau meneroka budaya masyarakat setempat ia menjadi satu keterujaan.” Tambahnya lagi “Di sini, empat resort yang ada di Hokkaido ini menawarkan pengalaman unik menikmati musik sejuk di Jepun. Segala kemudahan dan ketenangan datang dalam satu pakej lengkap sebagai percutian premium.”
Apa yang sering ditawarkan adalah kebebasan dalam menikmati pengalaman yang terangkum dalam satu percutian. Melengkapi aktiviti ski, kelas intensif, hidangan menarik sehingga kemudahan asas yang diperlukan, kesemuanya diuruskan bagi memudahkan rencana setiap pengunjung.

CLUB MED PILIHAN RAKYAT MALAYSIA
Kemudahan serta fleksibiliti ini turut mendapat sambutan di kalangan pelancong Malaysia, apabila ia mencatatkan peningkatan pelancong dari Malaysia pada 2025. Pertumbuhan ini memperlihatkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia memilih lokasi ini sebagai destinasi singgah mereka.
Pengalaman ini turut mendapat pengiktirafan dalam senarai Tripadvisor 2025 Travellers’ Choice Best of the Best. Club Med Tomamu menduduki tempat pertama bagi kategori Hotel Terbaik di Jepun. Manakala Kiroro Peak dan Sahoro masing-masing berada di tempat ke-7 dan ke-10. Tomamu turut menduduki tempat ketiga bagi kategori Hotel Mewah di Jepun.
- Club Med Tomamu
Destinasi dambaan yang seluas 145 hektar ini dibaluti salji halus setiap kali tibanya musim sejuk. Selain terkenal sebagai destinasi sukan ski, ia juga dikenali dengan Ice Village yang menjadi lokasi budaya dengan makanan laut segar serta daging Wagyu premium. - Club Med Sahoro
Sempurna sebagai destinasi pelancong yang mahukan sesuatu yang lebih tenang. Terletak di kawasan yang lebih kecil, resort ini membawa pengunjung menyelami aktiviti kebudayaan interaktif, sajian asli Jepun yang berkonsepkan Izakaya dan kolam mandi terbuka. - Club Med Kiroro Grand
Tersembunyi di balik kawasan paling bersalji di Hokkaido, destinasi menawarkan sesuatu yang lebih kontemporari. Cukup sesuai untuk percutian keluarga tanpa mengira peringkat usia ia menawarkan pengembaraan dan ketenangan pada masa yang sama. - Club Med Kiroro Peak
Sebagai sebahagian daripada Exclusive Collection Club Med, resort paling eksklusif jenama ini di seluruh dunia iaitu Club Med Kiroro Peak. Ia menawarkan pengalaman percutian musim sejuk yang sofistikated bagi pasangan terutamanya. Nikmati salji halus dengan resort ski-in, ski-out yang sesuai untuk pasangan yang mendambakan pengalaman percutian alpine yang lebih intim dan eksklusif.

