Langgan

Tempahan Club Med Borneo Kini Dibuka!

Bakal dibuka November nanti, lokasinya menjanjikan keunikan tersendiri.
2 minit untuk membaca
Published: March 18, 2026

Dunia percutian mewah hari ini memperlihatkan persaingan yang semakin kompetitif dengan kebanyakan hotel dan penginapan menawarkan kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan jenama Club Med yang sekali lagi mendefinisikan semula erti escapism mewah dengan pengumuman pembukaan resort terbarunya, Club Med Borneo. Tempahan rasmi telah dibuka pada 24 Mac 2026, menjelang sambutan tetamu pertama mereka di sana pada bulan November nanti. Ia turut menandakan satu lagi detik penting dalam landskap perhotelan di Malaysia.

Terletak di pesisir murni Kuala Penyu, Sabah, destinasi ini menggabungkan keindahan semula jadi yang belum terusik dan serba hijau. Hanya 90 minit dari Kota Kinabalu International Airport, resort ini menawarkan akses mudah ke hidden gems dunia. Di sinilah hutan hujan purba bertemu birunya Laut China Selatan, sebuah simfoni alam yang menenangkan dan memukau.

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan Club Med Cherating, Club Med Borneo tampil sebagai resort pantai berskala besar pertama jenama ini di Asia Pasifik. Lebih penting dan menarik lagi, ia dibina secara lestari dengan pensijilan BREEAM. Namun, keistimewaannya melangkaui sebuah pencapaian teknikal, ia adalah sebuah “love letter” kepada warisan Borneo.

Seni Bina Dalaman

Seni binanya diinspirasikan daripada rumah panjang tradisional Rungus. Reka bentuknya berjaya diterjemahkan ke dalam sebuah pavilion kayu megah yang dikelilingi air terjun berlapis dan kanopi hijau. Apabila senja menjelma, cahaya amber akan menyelubungi struktur ini dan mencipta suasana yang seolah-olah memeluk setiap tetamu yang tiba.

Fasiliti

Resort ini menampilkan 400 bilik yang direka dengan elegan, termasuk 39 suite di bawah koleksi eksklusif. Bagi mereka yang mencari privasi mutlak, ruang Mutiara Exclusive Collection menawarkan pengalaman 'resort dalam resort'. Lengkap dengan lounge peribadi, kolam eksklusif dan Bayu Bar yang intim.

Pengalaman air di sini juga tidak kurang mempesona. Terdapat kolam infiniti utama yang seakan menyatu dengan ufuk laut serta taman air yang ceria untuk keluarga. Selanjutnya daripada segi gastronomi, setiap ruang menjanjikan naratif rasa tersendiri. Ini bermula daripada bufet global di The Alam ke santapan gourmet di The Laut hingga koktel tropika yang diadun sempurna di The Pasir.

Sebagai syurga keluarga, kemudahan Kids’ Club yang ikonik merangkumi usia seawal empat bulan hingga 17 tahun tersedia. Hiburan malam di teater utama pula memukau dengan persembahan sarkas dan muzik bertaraf antarabangsa.

Tarikan Utama

Namun tarikan sebenar pengalaman di sini sebenarnya terletak pada hubungannya dengan alam dan budaya. Bersebelahan kawasan bakau yang terpelihara. Resort ini menggalakkan tetamu menjadi 'penjaga' ekosistem melalui aktiviti lestari yang dicipta istimewa. Dari bengkel tembikar tempatan hingga kelas masakan interaktif, setiap pengalaman membawa tetamu lebih dekat kepada jiwa Sabah.

Eksplorasi diteruskan di luar resort, menyusuri warisan di Mari-Mari Cultural Village, menyelam di perairan jernih Pulau Tiga atau peluang menyaksikan hidupan liar eksotik di sepanjang sungai Sabah, termasuk monyet Proboscis yang ikonik dan burung enggang yang anggun.

Dengan gabungan kemewahan kontemporari, keaslian budaya, dan komitmen terhadap kelestarian, Club Med Borneo lengkap sebagi destinasi baharu. Ia adalah sebuah pengalaman yang bakal membangkitkan deria dan menyentuh jiwa. Sebuah eskapisme elegan yang merayakan keindahan Asia Tenggara dalam bentuk paling autentik dan memikat.

ADVERTISEMENT
Topics: ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down