Langgan

Dunia 'Dream Makers' Di Sebalik Percutian Sempurna

Menerusi Dream Makers dan wajah baharu Club Med Bintan, selami kisah manusia dan kreativiti di sebalik pengalaman percutian luar biasa.
3 minit untuk membaca
Published: October 19, 2026

Dalam dunia pelancongan, destinasi indah bukan lagi satu-satunya daya tarikan utama. Kini, pengalaman di sebalik sesebuah perjalanan turut mencuri perhatian. Seiring dengan itu, ia dapat memperlihatkan bagaimana manusia, idea dan usaha kolektif membentuk momen yang sukar dilupakan. Daripada dinamika kru dalam 'The Below Deck' hingga keindahan destinasi dalam 'The White Lotus', kisah di sebalik tabir semakin mendapat tempat dalam budaya popular. Penonton bukan sahaja ingin melihat hasil akhir, malah ingin mengetahui apa yang berlaku sebelum segala-galanya kelihatan sempurna.

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar : Club Med Bintan

Menyelami fenomena ini, Club Med memperkenalkan 'Dream Makers'. Ia merupakan sebuah siri dokumentari imersif terbitan Mediawan Brand Studio yang membawa penonton mengenali dunia di sebalik jenama percutian premium tersebut. Ditayangkan di Prime Video mulai 17 April 2026, siri empat episod ini menunjukkan perjalanan individu dan pasukan yang merealisasikan pengalaman percutian Club Med.

Di Sebalik Setiap Destinasi, Ada Cerita

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar : Club Med Bintan

Sepanjang empat episod berdurasi 30 minit, 'Dream Makers' mengikuti perjalanan calon Chef de Village, pemimpin resort. Merida juga merupakan pasukan yang bertanggungjawab membangunkan destinasi baharu. Di sebalik suasana resort yang mempesona, terdapat proses pemilihan, keputusan strategik dan cabaran operasi yang jarang diketahui tetamu. 

Antara kisah utamanya ialah perjalanan 11 calon antarabangsa yang berkumpul di La Palmyre, Perancis, bagi merebut peranan sebagai Chef de Village. Dalam tempoh sebulan, mereka perlu membuktikan kebolehan melalui simulasi, temu duga bertekanan tinggi dan penilaian yang menguji kemampuan kepimpinan masing-masing. Pada masa sama, dokumentari ini turut menelusuri proses pembangunan dan pembaharuan resort. Antaranya termasuk projek pembinaan di Afrika Selatan serta pembinaan semula resort di Punta Cana. Setiap keputusan menuntut keseimbangan antara masa, sumber dan aspirasi untuk menghasilkan destinasi yang mencerminkan identiti Club Med. 

Diarahkan oleh Aurélie Condou, siri ini melalui 11 bulan persediaan dan lima bulan penggambaran di enam destinasi, dengan penglibatan lebih 70 individu. Hasilnya, penonton dibawa lebih dekat kepada sisi manusia dalam industri hospitaliti, membuktikan bahawa pengalaman luar biasa tidak terbentuk hanya melalui pemandangan indah.

Club Med Bintan Membentuk Rentak Percutian Baharu

Falsafah yang diketengahkan dalam 'Dream Makers' turut dapat dilihat menerusi transformasi Club Med Bintan, Indonesia, yang sedang memperkenalkan pelbagai penambahbaikan sepanjang 2026. Terletak di pesisir Pulau Bintan, resort ini menawarkan perspektif baharu tentang percutian keluarga yang mengutamakan kebersamaan tanpa mengetepikan kebebasan untuk berehat.

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar : Club Med Bintan

Antara tarikan utamanya ialah Amazing Family! Hub, ruang sosial dan permainan seluas 300 meter persegi yang diperkenalkan sebagai yang pertama seumpamanya di Asia. Dilengkapi taman permainan dalaman, ruang bengkel kreatif, permainan interaktif, bilik karaoke dan ruang santai. Kemudahan ini direka untuk menggalakkan ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama.

Selain itu, Splash Pad untuk tetamu cilik dan gelanggang pickleball menambah pilihan aktiviti yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Pendekatan ini mencerminkan perubahan dalam cara keluarga menikmati percutian, dengan pengalaman bersama menjadi sama pentingnya dengan kemudahan yang tersedia.

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar : Club Med Bintan

Sentuhan Kecil, Pengalaman Lebih Bermakna

Transformasi ini turut merangkumi pengalaman gastronomi dan penginapan. Panorama Coffee Shop yang diperbaharui menawarkan suasana santai menghadap Laut China Selatan, manakala Terrace Gourmet Club menyajikan pilihan hidangan Indonesia dan antarabangsa dalam suasana yang berubah mengikut waktu.

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar: Club Med Bintan

Menjelang penghujung 2026, The Grill dijadualkan memperkenalkan konsep santapan malam berteraskan makanan laut panggang dan daging premium. Sementara itu, kesemua 308 bilik resort sedang menjalani pembaharuan secara berperingkat, dengan rona lembut, tekstur semula jadi dan susun atur lebih praktikal. Bilik Deluxe Family turut mengimbangi ruang tidur kanak-kanak yang ceria dengan zon khusus untuk orang dewasa.

Club Med Bintan, Dream Makers, Percutian Keluarga

Gambar : Club Med Bintan

Akhirnya, Dream Makers dan Club Med Bintan berkongsi satu gagasan: percutian bermakna bermula jauh sebelum tetamu tiba. Di sebalik setiap ruang, hidangan dan aktiviti, terdapat manusia serta perancangan yang menyatukan semuanya. Kerana sesungguhnya, kemewahan sebenar bukan sekadar tentang ke mana kita pergi, tetapi bagaimana sesuatu pengalaman membuatkan kita merasa lebih dekat, lebih tenang dan lebih terhubung.

Tempah percutian anda untuk Club Med Bintan di sini.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down