Langgan

Tiwikarma Bergelar Juara Lagu

AJL 40 menemukan juara
1 minit untuk membaca
Published: August 16, 2026

Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) melabuhkan tirai dengan mengumumkan kemenangan lagu 'Tiwikarma' persembahan K.O.I dinobatkan sebagai Juara Lagu. Lagu ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin dengan lirik oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam itu menewaskan sembilan karya lain yang turut dipertandingkan .

Mengunggli tempat kedua adalah lagu daripada persembahan dan ciptaan bersama Aisha Retno dan Radi menerusi lagu "Tak Adil" serta mendekati rapat di tempat ketiga ialah Ryenald Guntabid yang mempersembahkan karya ciptaannya menerusi lagu "Lumangad Oku Dika".

Kesemua lagu-lagu yang bertanding tahun ini diadili oleh lapan baraisan juri profesional yang diketuai Acis. Juri-juri lain termasuk AG Coco, AD Samad, Siti Hajar, Muzaffar, Helen Yap, Pat Ibrahim dan Erfy Arwis. Panel juri turut bersepakat memilih Marsha Milan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu "Tangisan Seorang Pendosa". Aina Abdul pulang dengan trofi Persembahan Terbaik menerusi undian penonton

Meraikan 40 tahun AJL menerusi tema ‘Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia,’ AJL40 tidak sekadar menoleh kepada perjalanan yang telah dilalui, tetapi turut memberi ruang kepada muzik untuk terus berevolusi. Di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Aubrey Suwito, karya-karya yang dipersembahkan hadir dengan susunan, interpretasi dan visual yang istimewa, menjadikan setiap persembahan mempunyai cerita dan gayanya sendiri.

Lebih membanggakan, AJL40 mencatat 5 bilion tontonan kumulatif merentas platform, termasuk 12.9 juta tontonan siaran langsung dan 43.8 juta tontonan media sosial, selain merekodkan 4.9 bilion keterlibatan tular, sekali gus membuktikan sambutan dan jangkauan luas acara berkenaan di televisyen serta digital (Sumber: Nielsen Audience Measurement, Tonton, Unifi, TikTok Analytics, Zanroo & Meltwater).

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down