
Tirai penentuan akhirnya dibuka apabila 20 lagu yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) diumumkan secara rasmi, sekali gus merungkai teka-teki dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Bersempena dengan sambutan Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-40, TV3 menyuntik kelainan dengan menyenaraikan 20 karya tumpuan untuk bersaing pada 17 dan 18 April ini.
Pengumuman dibuat menerusi program Muzik Muzik TV3 menjangkakan persembahan yang menarik, sengit dan mantap daripada para artis yang akan bertanding.
Daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40), 20 karya dengan jumlah markah tertinggi dipilih ke peringkat Separuh Akhir selepas melalui penilaian teliti dan profesional oleh barisan juri yang dilantik, berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.
Berikut senarai penuh lagu-lagu yang bakal bersaing
Hijab Rindu (Black Hanifah)
Nurcinta (Amir Masdi)
Nostalgila (Haqiem Rusli)
Lemah (Dayang Nurfaizah)
Kerana Ego (Khai Bahar)
Tangisan Seorang Perindu (Marsha Milan)
Pernah Punya Aku (Shila Amzah)
F (Floor 88)
Tiwikarma (K.O.I)
Puaskah (Ameerais / Maryam)
Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain)
Tak Adil (Aisha Retno)
Semacam Pandora (Hazama)
Rasa & Takdir (Amira Othman)
Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie)
Hilangmu Tak Terganti (Afieq Syazwan / Tajul)
Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid)
Menyala (Stacy)
Ke Mana Ni (Luca Sickta / Kmy Kmo)

