Langgan

Daftar Lengkap Pemenang BRIT Awards 2026

Tahun cemerlang Olivia Dean!
1 minit untuk membaca
Published: March 2, 2026
Olivia Dean; Gareth Cattermole // GETTY IMAGES

Berlangsung penuh gemilang dan glamor - sekali lagi BRIT Awards yang mengangkat karya-karya ciptaan penyanyi Eropah khususnya diraikan. Jika tahun-tahun sebelum ini BRIT telah membuka ruang besar untuk penyanyi seperti Adele, Sam Smith, Raye dan Charli XCX bersinar, tahun ini sekali penganjuran membuka ruang untuk semua pemuzik yang telah mengukuhkan nama sepanjang tahun dengan karya mereka.

Olivia Dean mendominasi malam BRIT yang berlangsung hujung minggu lalu dengan membawa pulang trofi utama seperti Album Terbaik, Artis Terbaik dan Album Pop terbaik. Selain Olivia Dean nama seperti Sam Fender, Lola Young dan Pink Pantheress turut pulang bersama trofi kemenangan.

Tidak sekadar meraikan pencalonan sahaja, malam BRIT turut mempersembahkan persembahan hebat penghibur global seperti Rosalia, Harry Styles, Raye dan Dua Lipa. Persembahan Rosalia mencuri perhatian dengan kehadiran penghibur legenda Bjork yang turut berkongsi pentas.

Harry Styles

Berikut senarai penuh pemenang BRIT Awards 2026

Album Terbaik - The Art of Loving (Oliva Dean)
Lagu Terbaik - Rain Me In (Sam Fender & Olivia Dean)
Produser Terbaik - Pink Pantheress
Artis Terbaik - Olivia Dean
Artis Berkumpulan Terbaik - Wolf of Alice
Artis Pop Terbaik - Olivia Dean
Artis R&B Terbaik - SAULT
Artis Dance Terbaik - Fred again.., Skepta, PlaqueBoyMaxFred again.., Skepta, PlaqueBoyMax
Artis Hip-Hop Terbaik - Dave 
Artis Rock / Alternatif Terbaik - Sam Fender
Artis Baru Terbai - Lola Young
Artis Antarabangsa Terbaik - Rosalia
Lagu Antarabangsa Terbaik - APT (bruno Mars & Rose)
Artis Berkumpulan Antarabangsa Terbaik  - Geese

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down