
Babak baru Clash de Cartier semakin mengujakan dengan terampilan terbaru kempen koleksi ini yang menampilkan bakat muzik meningkat naik, Olivia Dean yang baru-baru ini turut dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di acara Grammys ke-68.
Sebagai maestro dalam dunia aksesori mewah sejak era 1900, Cartier telah lama melangkaui corak konvensional dalam penataan gaya aksesori dengan inspirasi yang begitu menyerlah di era 1920-an dan 1930-an. Dunia penuh rebellious pada penciptaannya menjadikan Clash de Cartier cukup tersendiri.
Tahun ini bersama ikon baru budaya Pop, Olivia Dean - Cartier mencipta momen baru yang lebih istimewa sekali gus bergerak seiring cita rasa kini.

Dengan struktur yang unik, koleksi ini mengambil ilham warisan yang ditafsirkan menjadi sesuatu yang lebih moden bagi mengubah motif klasik yang menjadi ia sebagai perhiasan yang segar dan kontemporari.
Ia memperkenalkan getaran halus yang strategik pada setiap rekaan hasil daripada mekanisme rumit pemasangan Clash yang memberikan tenaga tersendiri. Paling ketara melalui manik batu separa berharga. “Apa yang paling saya gemari ialah sifatnya yang playful,” kata Olivia mengenai koleksi ini. “Pergerakan pada manik memberikan setiap rekaan rasa sentuhan yang sejuk dan menarik," sambungnya

