Langgan

Garmin & Izzati Suza Angkat Semangat Lokal Melalui Seni dan Gaya Hidup Aktif

'Garmin Celebrates Lokal.'
2 minit untuk membaca
Published: August 18, 2026

Apa yang menjadikan sesuatu itu benar-benar lokal? Mungkin bukan sekadar tempat kita membesar, tetapi cara kita bergerak, berkarya dan berkongsi ruang bersama. Menerusi 'Garmin Celebrates Lokal', Garmin Malaysia dan artis Izzati Suza meneroka semangat Malaysia melalui seni, komuniti dan gaya hidup aktif.

Ada sesuatu yang menarik tentang cara kita sebagai rakyat Malaysia menikmati kehidupan. Ada yang memulakan pagi dengan berjalan di taman kejiranan, memilih laluan trail pada hujung minggu, bertemu rakan untuk sesi yoga atau sekadar berjalan kaki di sekitar bandar. Tiada satu cara yang tepat untuk kekal aktif dan mungkin itulah perkara paling lokal tentangnya.

Berangkat daripada idea tersebut, 'Garmin Celebrates Lokal' hadir sempena Merdeka dan Hari Malaysia dengan pendekatan yang lebih dekat kepada kehidupan seharian. Daripada menjadikan kecergasan sebagai fokus tunggal, kempen ini meraikan manusia, kreativiti, tempat dan pengalaman yang membentuk identiti Malaysia.

Seni Yang Bercerita Tentang Kita

Untuk menerjemahkan semangat tersebut ke dalam bentuk visual, Garmin Malaysia berganding bahu dengan artis tempatan Izzati Suza.

Dikenali menerusi ilustrasi berinspirasikan doodle yang sarat dengan humor, warna dan karakter, karya Izzati sering menangkap momen-momen kecil yang terasa begitu dekat dengan pengalaman seharian rakyat Malaysia. Sentuhan pop art dan karikatur yang menjadi identitinya memberikan ruang untuk elemen budaya tempatan tampil dalam bentuk yang lebih playful dan kontemporari.

Dalam konteks 'Garmin Celebrates Lokal', seni Izzati bukan sekadar menjadi elemen visual kempen. Ia menjadi interpretasi tentang bagaimana kehidupan lokal boleh diraikan daripada perkara yang kita lakukan setiap hari kepada cara kita berhubung dengan komuniti di sekeliling.

Apabila Gaya Aktif Jadi Lebih Lokal

Ada yang menemui keseronokan melalui trail running, ada yang lebih selesa dengan city walk, sementara yoga dan sesi kecergasan pula menjadi cara untuk bergerak sambil meluangkan masa bersama komuniti.

Justeru, sepanjang Ogos dan September, Garmin akan menghidupkan semangat Garmin Celebrates Lokal menerusi siri aktiviti komuniti yang merangkumi sesi kecergasan, trail runningcity run, berjalan kaki dan yoga.

Apa yang mengikat kesemuanya bukan tahap kecergasan atau jenis aktiviti, tetapi peluang untuk keluar daripada rutin, mencuba sesuatu yang baharu dan bergerak bersama orang lain.

Dalam erti kata lain, active lifestyle tidak semestinya tentang mengejar rekod atau mencapai sasaran tertentu. Kadangkala, ia tentang mencari alasan untuk keluar rumah, menikmati kawasan sekitar dan menemukan komuniti yang berkongsi minat yang sama.

Sebuah Sentuhan Lokal, Di Pergelangan Tangan

Kolaborasi Garmin dan Izzati Suza turut diterjemahkan menerusi koleksi barangan eksklusif berinspirasikan lokal serta limited-edition Garmin Celebrates Lokal watch face.

Menampilkan interpretasi Izzati terhadap semangat Malaysia, watch face ini membawa elemen kempen terus ke pergelangan tangan pengguna Garmin. Ia boleh dimuat turun menerusi Connect IQ mulai 11 Ogos 2026.

Bagi mereka yang ingin membawa pulang sedikit lagi semangat 'Garmin Celebrates Lokal', Garmin turut menawarkan sticker pack eksklusif bersama pembelian peranti Garmin sepanjang promosi Happy Merdeka Day. Pembelian bernilai RM2,000 dan ke atas pula layak menerima Garmin Celebrates Lokal Tumbler Blind Box, sementara stok masih ada.

Pendaftaran untuk aktiviti komuniti Garmin Celebrates Lokal dibuka mulai 17 Ogos 2026. Pautan pendaftaran dan perkembangan terkini akan dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi Garmin Malaysia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down