Langgan

Potret Seorang Usahawan: Zach Du Chao

Percaya bahawa kejayaan lahir daripada keupayaan menyatukan individu yang tepat di ruang yang tepat bagi mencipta peluang yang besar.
By
Published: July 17, 2026
Fotografi GAN Penataan Gaya CELINE CHAN

Noma, sebuah restoran di Copenhagen yang tempahan mejanya perlu dibuat dua tahun lebih awal. Zach Du Chao menempah keseluruhan ruang restoran itu. Bukan dengan tujuan meraikan apa-apa atau dengan niat menunjuk-nunjuk namun dengan satu tujuan yang cukup sederhana iaitu bagi berkongsi dengan seseorang tentang kehebatan sebenar sebuah restoran bertaraf dunia.

Baginya pengalaman tersebut lebih daripada menikmati hidangan istimewa namun ia satu cara mengubah caranya berfikir. Bagi melihat sendiri dengan pengalaman baru tentang apa yang mereka tidak pernah terfikir atau bayangkan. Ini kembali pada falsafah hidupnya "Kejayaan tidak hanya tentang meletakkan diri di tengah-tengah setiap peluang tetapi ia tentang menemukan individual berbeza di detik watu yang tepat dan tempat yang tepat bagi mencipta kemungkinan yang baru."

Hari ini pada usia 37 tahun, anak kelahiran Beijing ini menjalin satu hubungan yang cukup erat dengan Singapura ini merupakan pengasas bersama firma pelaburan, Felicity Ventures yang turut berkhidmat sebagai Global Philanthropy Mentor di NYU Shanghai. Kredibiliti yang dia miliki juga menjadikan dia antara yang menyandang gelaran kehormat Champion for Children oleh UNICEF China sejak tahun 2020.

Secara dasarnya, Zac Du Chao kelihatan seperti individual biasa yang hidup dengan rutin harian. Namun ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 kira-kira enam tahun lalu, namanya muncul sebagai penyumbang kepada World Health Organisation’s Solidarity Response Fund sebaris dengan syarikat gergasi seperti Google dan Facebook. Apa yang membezakan adalah dia satu-satunya individual yang didominasi institusi korporat dan organisasi antarabangsa.

Kemeja dan seluar daripada LORO PIANA.

Disiplin Seorang Zach Du Chao

Rutin hariannya tidak pernah berubah, setiap pagi harinya akan bermula dengan membaca berita sebelum menikmati sarapan pagi. Menunya setiap hari hampir serupa iaitu sayur-sayuran, yogurt, teh hijau dan jus tembikai. Tengah hari diperuntukkan dengan mesyurat dan makan malam seringnya dipenuhi dengan urusan bisnes. Dan satu jam pada setiap hari akan menjadi ruang sendirinya yang tidak dikongsi dengan sesiapa.

Melihatkan rutin hariannya itu maka tidak hairan disiplin menjadi paksi pada sebuah keperibadian. Hidup yang sentiasa berulang-alik dari satu destinasi ke destinasi lainnya membuatkan dia memilih untuk melabur pada satu item yang mampu mengiringi langkahnya iaitu sepatu yang selesa. Sehingga hari ini menurutnya dia memiliki 20 pasang kasut dengan rekaan serupa, Zegna Triple Stitch dalam pelbagai pilihan warna.

Apa yang menarik minatnya terhadap kasut ini bukan saja pada rekaannya yang ringkas dan versatil namun nilai yang mewakili setiap pasang kasut ini. Menerusi projek Oasi Zegna, jenama Itali itu memelihara serta memulihkan kawasan rizab alam semula jadi seluas 100 kilometer persegi di Banjaran Alps Biellese, Piedmont, Itali. Bagi Du Chao, setiap langkah yang diambil bersama kasut tersebut seolah-olah menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan jenama itu untuk mengembalikan hal-hal baik kepada alam.

Bagi Du Chao, cara seseorang berpakaian bukan sekadar soal penampilan. Dua tahun lalu, sebelum menghadiri satu pertemuan di London bersama seorang eksekutif kanan Richemont Group bagi membincangkan agenda kelestarian, dia tiba di butik Dunhill dua jam lebih awal semata-mata untuk menggunting rambut di barbershop yang terdapat di dalamnya.Bukan kerana mementingkan kesempurnaan diri tetapi kerana baginya rasa hormat bermula sebelum perbualan pertama berlangsung.

Sebelum salam dihulurkan dan kata-kata dilafazkan, persediaan diri adalah bahasa paling mudah bagi menyampaikan sesuatu niat baik. Hasilnya, menurut beliau, ialah situasi yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Tanpa disedari, tindakannya turut menghidupkan kembali kebijaksanaan yang pernah diungkapkan oleh Iris Apfel: "If your hair is done properly and you're wearing good shoes, you can get away with anything."

Tempahan eksklusif di Noma. Dua puluh pasang Zegna Triple Stitch. Tiba dua jam lebih awal sebelum mesyuarat. Semua ini bukan sekadar rutin tetapi cerminan seorang lelaki yang memahami bahawa persekitaran yang mereka cipta sering kali menjadi faktor yang menentukan kejayaan sesuatu perbincangan. Dan tiada contoh yang lebih tepat untuk menggambarkan falsafah itu selain apa yang berlaku di restoran kecil di Copenhagen tersebut.

Kot dan jaket daripada LORO PIANA. Baju dan seluar milik penata gaya.

Kisah Penuh Inspirasi

Anak kepada seorang sahabat keluarganya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang cef. Namun bapanya mempunyai perancangan yang berbeza. Dia mahu laluan kerjaya yang lebih selamat. Bermula dengan nama-nama besar seperti Morgan Stanley atau Goldman Sachs satu kejayaan contoh yang sering menjadi pilihan keluarga Asia.

Du Chao tahu sejak awal bahawa dia mahu menyokong impian anak muda itu. Namun dia juga sedar bahawa kata-kata sahaja tidak akan mampu mengubah pendirian seorang bapa yang teguh dengan prinsipnya. Lalu dia melakukan sesuatu yang jauh lebih berkesan. Apa yang dilakkukan adalah dengan mengatur perjalanan ke Copenhagen dan menempah keseluruhan ruang makan di Noma hanya untuk mereka bertiga.

Sebelum menjejakkan kaki ke Noma, dia sendiri tidak pernah membayangkan sebuah restoran mampu menghadirkan sebuah kekaguman sebegitu rupa. Orang ramai sanggup menunggu berbulan-bulan malah bertahun-tahun hanya untuk merasai pengalaman ini. Dan itulah sebabnya Noma menjadi tempat yang paling tepat untuk berkongsi kepada seorang bapa bahawa dunia kulinari mampu menerima penghormatan yang setanding dengan dunia kewangan.

Sebaik sahaja beliau menyaksikan sendiri disiplin, ketelitian dan dedikasi yang menjadi nadi kepada restoran tersebut, persepsinya mula berubah. Akhirnya cita-cita seorang anak kecil bermula dengan pengajian di Le Cordon Bleu, London. Hari ini, restoran yang dibukanya di Beijing tersenarai dalam senarai promosi Michelin sebagai satu pengiktirafan yang membuktikan impian itu bukan sekadar angan-angan.

Falsafah yang sama menjadi asas kepada Felicity Ventures, firma pelaburan berimpak yang diasaskannya bersama Jung Kyu Kim dan Christopher Yan. Dana itu tidak melabur pada idea semata-mata tetapi kepada syarikat yang telah membuktikan keberkesanannya memiliki senarai pelanggan, model perniagaan yang kukuh serta potensi sebenar dalam bidang teknologi hijau, pertanian lestari dan inovasi makanan di Asia Tenggara, Jepun dan Korea. "Dalam hati saya, Felicity jauh lebih besar dan lebih penting daripada diri saya sendiri."

Blazer dan seluar daripada BRUNELLO CUCINELLI.

Seperti segala yang dibinanya, dana itu tidak pernah dirancang untuk sekadar menjadi legasi peribadi tetapi untuk terus memberi manfaat jauh selepas dirinya tiada. Namun keputusan paling besar dalam hidupnya dibuat seorang diri, bertentangan dengan kehendak insan yang paling disayanginya. Walaupun diterima masuk ke sebuah universiti terkemuka di China, dia menolak tawaran itu dan memilih untuk melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat tanpa restu ibunya.

"Kita hanya mempunyai satu kehidupan," katanya seolah-olah mengungkapkan satu pengajaran yang datang bersama harga yang perlu dibayar. Di China dia sentiasa berada di bawah apa yang disifatkannya sebagai 'payung' perlindungan keluarga, nama bapanya serta kehidupan yang telah diatur. Namun pada satu ketika, dia sedar bahawa untuk benar-benar berkembang, dia perlu melangkah keluar daripada ruang selesa itu.

"Saya memerlukan sistem sokongan tetapi pada masa yang sama saya juga perlukan kebebasan untuk berkembang." Apabila ditanya tentang pelbagai institusi Barat yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya, dia terdiam sejenak. Anehnya, dia lebih gemar berbicara tentang Forbidden City di Beijing serta kekagumannya terhadap sejarah tamadun China. Baginya, berjalan di dalam kompleks istana yang menyimpan sejarah itu seolah-olah melangkah masuk ke ruang tamu milik sejarah itu sendiri.

Barangkali itulah petanda bahawa keinginan untuk membuktikan diri di pentas dunia kini telah digantikan dengan penghargaan yang lebih mendalam terhadap akar budayanya sendiri. Dan apabila benar-benar bersendirian, fikirannya sentiasa kembali kepada seorang insan iaitu ayahnya. "Dia adalah teladan sebenar dalam kehidupan saya."

Bukan yayasan kebajikan, bukan Felicity Ventures, bukan juga pelbagai majlis penasihat muzium atau dewan konsert yang pernah disertainya. Sebaliknya, figura seorang bapa yang sehingga hari ini masih cuba dicontohinya. Mungkin itulah misi yang paling panjang dalam hidup Zach Du Chao. Bukan mengejar kejayaan tetapi terus mencari jawapan tentang bagaimana dia mampu menjadi individual yang lebih baik daripada semalam.

Dandanan: Dorene Low/Tress & Curvy menggunakan Balmain Hair Couture

Grooming: Grego menggunakan Shiseido

Artikel asal daripada ELLE Singapore

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down