
Bahan kimia dalam pewarna rambut serta produk penggayaan rambut seringkali berkait rapat dengan kerosakan rambut. Ia mendorong kepada keterbukaan kutikel pada dasar rambut bagi membolehkan bahan kimia dalam pewarna rambut contohnya benar-benar diserap.
Untuk satu kesan jangka panjang, ia akan menjadikan struktur rambut lemah. Faktor penggunaan syampu yang salah juga mampu mendorong pada faktor ini selain faktor persekitaran seperti udara dan cahaya matahari yang berlebihan. Hasil daripada kepakaran Botanical Beauty® telah menemukan satu bahan semula jadi yang cukup berkesan mengukuhkan struktur rambut akibat faktor-faktor yang disebut awal tadi. Cuka Rasberi yang cukup dikenali dengan sifatnya yang lembut dikenali sebagai bahan asas meneutralkan bahan kimia yang digunakan dalam produk rambut. Cuka telah digunakan sejak zaman dulu kala dan kekal relevan hingga ke hari ini kerana keberkesanannya serta pelbagai kegunaannya. Satu proses penapaian dilakukan bagi mengembalikan pH asid pada kadar yang sempurna bagi keberkesanan penggunaan.

Apa yang mampu dilakukan Shine Vinegar ini adalah keupayaannya meneutralkan kesan kapur dan melawan faktor rambut kusam sekali gus menjadikan rambut lebih lembut. Hasil daripada uji kaji yang dilakukan tenaga pakar, penggunaan cuka Rasberi ini tidak hanya mengukuhkan struktur rambut malah menjadikan rambut lebih berkilau. Ia turut memberikan manfaat khusus kepada rambut yang diwarnakan dengan membersihkannya secara lembut tanpa menjejaskan warna bagi membantu mengekalkan seri. Tiada lagi kegusaran akan rambut yang kering dan kusam, penggunaan produk Shine Vinegar – Rinsing Lotion ini menjadi solusi terbaik. Ia digunakan selepas keseluruhan rutin penjagaan rambut selesai dilakukan, iaitu selepas penggunaan syampu dan produk penjagaan rambut. Dengan hanya menyapukannya pada rambut sebelum dibilas ia memperbaiki struktur rambut menjadi lebih baik. Hasilnya, rambut tampak lebih bersih, licin serta menyerlah dengan kilauan yang lebih berseri.
Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

