
Akan tiba satu ketika apabila tanda-tanda penuaan mula kelihatan semakin jelas. Kulit terasa kurang anjal, kontur wajah mula kehilangan definisi manakala isu seperti garis halus, jowls dan bahagian leher yang semakin kendur perlahan-lahan menjadi sesuatu yang sukar untuk diabaikan di hadapan cermin.
Walaupun penuaan itu tidak dapat dielakkan, cara kita melihat proses ini kini semakin berubah. Hari ini, ia bukan lagi tentang “melawan usia” tetapi tentang menyokong kulit melalui setiap fasa kehidupan dengan formula yang bekerja dengan lebih bijak dan efektif. Di sinilah Estée Lauder Revitalizing Supreme+ Sculpting Serum hadir sebagai solusi generasi baharu. Serum firming ini dirumus untuk membantu kulit tampak lebih terangkat dan terdefinisi menerusi pendekatan yang dikenali sebagai “5D Facelift”.
Disokong oleh lebih 30 tahun kajian kolagen, formula ini menyasarkan lima dimensi utama wajah dan leher: bahagian atas wajah, garis nasolabial, pipi, garis rahang dan leher, iaitu kawasan paling mudah menunjukkan kehilangan keanjalan seiring peningkatan usia. Bukan hanya memberikan kesan pada permukaan kulit, serum ini bekerja merentasi pelbagai lapisan untuk membantu meningkatkan keanjalan, mengukuhkan struktur kulit dan mengurangkan penampilan garis halus. Di sebalik formulanya ialah gabungan bahan aktif berteknologi tinggi yang membantu menguatkan dan menyegarkan semula kulit dari dalam. Hexapeptide-8 membantu memperkukuhkan jaringan sokongan semula jadi kulit untuk meningkatkan daya tahan dan keanjalan dari masa ke masa. Manakala Hexapeptide-9 pula memberi fokus kepada efek lifting dan definisi kontur wajah yang lebih ketara. Buat pertama kalinya diperkenalkan dalam rangkaian Revitalizing Supreme+, bahan ini membantu kulit kelihatan lebih sculpted dan refined dengan penggunaan berterusan.

Biotech Collagen pula hadir dalam bentuk amino asid bio-kejuruteraan yang diinspirasikan daripada kolagen semula jadi. Sentuhannya segera, memberikan hidrasi, kegebuan halus dan permukaan kulit yang tampak lebih licin serta segar. Melengkapkan formula ini ialah ekstrak eksklusif Moringa, diperoleh daripada biji Moringa Oleifera yang sering digelar “miracle tree”. Melalui proses ekstraksi berpaten, ia membantu menyokong pelbagai laluan kesihatan kulit untuk penampilan yang lebih berseri dan bertenaga dari dalam.
Dan tentunya, tekstur memainkan peranan penting dalam pengalaman sesuatu serum. Formula ini terasa cukup menyenangkan, cepat menyerap dan memberikan kemasan yang selesa tanpa rasa melekit. Ia juga mudah dilapis bersama pelembap dan solekan harian tanpa rasa berat. Gunakan pada kulit bersih, pagi dan malam disapu pada wajah serta leher sebelum diikuti dengan pelembap pilhan anda.
Lihat senarai lengkap pemenang ELLE Beauty Awards 2026 di sini.

