Langgan

Era Baru Cereka Thriller / Seram Menakluki Pengalaman Sinema

Melewati pengalaman baru seram. psiko dan thriller lewat sinema.
3 minit untuk membaca
Published: July 3, 2026

 

 Ketika Ari Aster membawakan pengalaman baru melewati idea berbeza menikmati ilham horror lewat penghasilan filem "Midsommar", ia benar-benar mencuri perhatian pencinta perfileman global. Apa yang ditawarkan lewat filem itu bukan lagi tentang ketakutan gelap malam tetapi sebuah idea cult yang dimanipulasi sebuah euforia. Setelah itu Ari Aster menjadi satu tunggak baru yang menghidupkan the brand new horror sinema global.

Menolak ilham thriller dan seram cara M. Night Shyamalan juga James Wan - Ari Aster membuka sebuah peluang baru penulis cereka bergerak lewat sebuah naratif seram, psikologi juga thriller dengan cara berbeza. Setelah itu bertumbuh satu per satu pengarah generasi baru yang datang dengan idea segar mengemudi sebuah ilham kini yang nyata memberi sebuah lagi keterujaan penggemar filem seram seperti saya khususnya.

Pada tahun 2022 Ti West mencipta sebuah trilogi thriller yang bermula dengan "X" diikuti "Pearl" dan "MaXXXine" - membawa satira women in horror yang menjadi bahan kandungan digital TikTokers. "Pearl" menjadi filem horror paling banyak disebut dan ditonton ketika ia beredar di tahun 2023. Mia Goth dilabel sebagai screen darling yang baru sekali gus menjadi dambaan lebih ramai pengarah yang mahukan dia menjadi wajah pelaris.

 

Osgood Perkins seorang lagi pengarah filem pelapis yang mengemudi cereka seram lewat sebuah pengolahan cerita dan pedekatan baru. Menonton "Longlegs" membuat saya kagum dengan olahan ceritanya, seram yang diwujudkan tidak mengjutkan tetapi lebih kepada ketelitian sebagai penonton memahami setiap babak, perwatakan dan mise-en-scene yang dirakam. Konsep showing, not telling yang mengujurkan kita sebagai penonton berfikir akan lapisan cerita yang mahu disampaikan.

Ilham body horror yang menjadi sebuah cult di era 80-an sering dilabel sebagai B Movie iaitu filem yang jarang dilihat sebagai penting dan sering mendapat ulasan buruk daripada pengkritik filem. Namun ia bergerak sebagai sebuah pentafsiran baru pengamal filem generasi kini.

Coralie Fargeat menerusi "The Substance" membawa satu idea baru body horror yang tidak hanya mencuri perhatian penggemar filem horror malah mendapat pengiktirafan festival filem global. Idea ini berlanjut lewat penghasilan filem "A Different Man" yang juga mengangkat idea dan konsep serupa dengan pendekatan psiko dan thriller.

Era Baru Horror

Tahun lalu menjadi tahun penting perfileman horror. Beberapa filem yang diterbitkan semakin mencuri perhatian tidak hanya sebagai naskhah pecah panggung namun bernadi sebagai sebuah perspektif baru pembikin filem dunia yang semakin berani dalam mencipta satu naratif baru. Naskhah seperti "Weapons", "Together", "Companion" dan "Shelby Oaks" sehingga "Sinners" yang berjaya menjadi naskhah horror yang mendapat nominasi Oscar.

Menjadikan pencitraannya lebih menarik, tahun ini menjadi tahun penting pengarah muda yang bergerak secara independent mengemudi sinema global. Kane Parsons yang dikenali sebagai pengarah filem indie yang bermula dengan YouTube membawakan fenomena baru menerusi "Bacckrooms" lakonan Renate Reinsve . Projek asal yang bergerak sebagai karya filem pendek yang dimuat naik di YouTube mencuri perhatian pengeluar filem komersial A24 untuk menjadikan ia sebagai naskhah filem cereka.

Bermodal USD 10 juta, filem tersebut sehingga artikel ini ditulis sudah mengutip keuntungan melebihi USD 300 Juta seluruh dunia. Sebuah lagi filem horror yang dikemudi bakat muda perfileman adalah "Obsession" arahan kedua Curry Barker. Pada usia 22 tahun dia sudah mencipta sebuah pemikiran dan cara baru membentuk idea baru penghasilan filem buat generasi kini khususnya.

Setidakya untuk beberapa tahun mendatang filem seram, psiko dan thriller akan terus menjadi satu eksperimentasi pembikin filem dunia. Idea dan pengolahannya yang cukup bebas membenarkan setiap penulis lakon layar meluaskan dinamik serta landskap penceritaan. Apa yang pasti peneraju baru seperti Kane Parsons dan Curry Barker akan terus diraikan juga dinantikan karya-karya mereka sebelum bertumbuh pelapis baru yang akan datang dengan idea serta cabaran baru penulisan filem cereka yang lebih kreatif pastinya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down