Dikenali sejak remaja, pempengaruh dan pencipta kandungan Alysha Amin atau Iman Opie mencuri perhatian media sosial dengan pesona ‘girl next door’ yang semula jadi. Kini, Iman tampil lebih matang dan berkembang bersama perjalanan kariernya.
Item wajib yang mesti ada dalam beg setiap hari?
Pelembap bibir! Chapped lip is a pet peeve.
Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?
I memakai ‘You’ daripada Glossier sejak zaman universiti lagi. Kini I selang-selikan dengan wangian lain, tapi ia masih kekal sebagai salah satu staple dalam koleksi I.
Selebriti atau personaliti yang paling memberi inspirasi kepada anda?
I dah lama meminati Nailea Devora, terutama waktu dia aktif di YouTube.
Trend atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?
Polka dots, I love it!
Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?
Siri ‘Modern family’ akan sentiasa jadi comfort show I.
Muzik kegemaran yang sentiasa ada dalam playlist?
Apa-apa oleh SZA atau Daniel Caesar!
Aktiviti baru yang ingin diterokai?
Sejujurnya, apa-apa yang lebih berunsurkan aktiviti luar, mungkin seperti mendaki atau berjoging pada waktu pagi.
Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?
Matcha Strawberi dengan susu ot! I ada intoleransi laktosa hehe.
Rutin senaman atau aktiviti fizikal kegemaran?
I tahu ini jawapan yang biasa, tapi pilates dan yoga sangat membantu dari segi keseimbangan, pernafasan dan fleksibiliti.
Tip penjagaan kulit yang anda amalkan setiap hari?
Penyembur muka antibakteria memang banyak membantu kulit I, dan tidak terlalu kerap menyentuh muka.
Impian anda jika tidak menjadi seorang pencipta kandungan?
Semasa I berumur 12 tahun, I bercita-cita untuk jadi ahli biologi marin kerana I sangat menyukai laut.
Gambarkan diri anda apabila the camera’s off?
Entah kenapa, I rasa I jauh lebih pemalu di hadapan kamera. Di luar kamera pula, I sangat bising dan ceria, terutama sekali bila bersama orang yang I rapat.

