Langgan

5 Penata Gaya di Sebalik Gaya Ikonik Bintang Hollywood

Stylists to the stars!
2 minit untuk membaca
Published: July 2, 2026
celebrity stylist
Sumber: Instagram (@jaredellner, @andrewmukamal dan @mimicuttrell)

Celebrity stylist atau penata gaya selebriti telah lama memainkan peranan penting di Hollywood. Di setiap momen viral karpet merah sehingga ke deretan persalinan press tour, di belakangnya adalah seorang celebrity stylist yang merancangnya dengan teliti. Berasaskan pengalaman dan kepakaran dalam bidang fesyen, mereka ini diberi tanggungjawab atas kebanyakkan gaya ikonik selebriti kini. ELLE kongsikan lima penata gaya Hollywood terkini yang perlu anda kenali.

1. Law Roach

Menggelar dirinya sebagai 'arkitek imej', Law Roach merupakan penata gaya disebalik setiap penampilan viral Zendaya. Malah dia boleh diberikan kredit sebagai stylist yang mengangkat Zendaya ke status ikon fesyen. Pendekatannya yang berani menggayakan adi busana vintaj dan dramatik ini turut menarik perhatian klien lain termasuk Anya Taylor-Joy, Anne Hathaway dan ramai lagi.

2. Mimi Cutrell

Menggayakan Ariana Grande dari tahun 2020 sehingga 2024, Mimi Cuttrell telah membawa gaya Ariana Grande ke arah yang lebih matang melalui penggayaan retro-chic untuk promosi album 'Positions' serta gaya elegan dan feminin untuk promosi album 'Eternal Sunshine'. Mimi juga telah memadankan setiap gaya viral Ariana Grande semasa promosi filem 'Wicked' pada tahun 2024. Kini, Mimi turut menggayakan Bella Hadid, Maude Apatow dan ramai lagi.

3. Andrew Mukamal

Andrew Mukamal merupakan salah seorang penata gaya yang menerima permintaan tinggi di kalangan selebriti. Antara klien dibawah penjagaannya termasuk Jisoo, Hoyeon Jung dan Hailey Bieber. Andrew mula menarik perhatian khalayak ramai setelah menggayakan Margot Robbie semasa press tour filem 'Barbie'. Hubungan baiknya bersama Margot diteruskan ke promosi filem 'Wuthering Heights'.

4. Jared Ellner

Daripada estetika pin-up princess Sabrina Carpenter sehingga stail effortless cool girl pada Emma Chamberlain, gaya dua ikon gen-z ini boleh diberikan kredit kepada Jared Ellner. Sentuhan kreatifnya terhadap fesyen menyuntikkan estetika remaja kini terhadap gaya glamor. Pendekatan ini menghasilkan gaya yang bukan sahaja sesuai di karpet merah dan pentas tetapi juga untuk media sosial.

5. Jamie Mizrahi

Terkenal dengan pengayaan simple namun sofistikated dan elegan, Jamie Mizrahi telah pun menggayakan kebanyakkan selebriti di karpet merah seperti Jennifer Lawrence, Adele dan juga Mikey Madison. Gabungan elemen mewah dan potongan kemas menghasilkan penampilan yang segar tetapi timeless.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down