Langgan

Bicara ELLE Bersama Nazurah Husna

Ketahui segala kegemaran serta tip gaya daripada pempengaruh digital ini. 
2 minit untuk membaca
Published: June 29, 2026
Nazurah Husna
Gambar ihsan Nazurah

Olahan lilitan hijab Nazurah Husna sentiasa tampil segar dan sering menjadi inspirasi ramai hijabis. Selain bergelar model serta tutor matematik dan matematik tambahan, Nazurah turut dikenali kerana estetika fesyennya yang edgy dan chic.

3 perkataan yang menggambarkan diri anda.

Kreatif, tegas dan bertimbang rasa.

Item wajib yang mesti ada dalam beg anda setiap hari? 

Pemegang kad, pensanitasi yang melembapkan serta krim tangan, salap bibir berwarna daripada Glossier dan gula-gula pudina.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

Pilihan haruman kegemaran ketika ini ialah ‘Lys 41’ daripada Le Labo dan saya juga obses dengan ‘Bitter Peach’ daripada Tom Ford.

Selebriti atau personaliti yang paling memberi inspirasi kepada anda?

Personaliti yang menjadi inspirasi sejak kecil ialah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kepimpinan, wawasan dan sumbangan besarnya kepada pembangunan Malaysia. 

Bagi selebriti pula, Angelina Jolie dan Bella Hadid. Selain memiliki wajah cantik dan karier yang dikagumi, mereka sangat confident, classy dan aktif menyuarakan isu kemanusiaan. Mereka menjadi pengaruh dan contoh yang baik kepada ramai, terutama wanita muda.

Gaya hijab signature Nazurah, gambar ihsan Nazurah

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Jika sesuatu trend sesuai dengan personaliti saya dan masih mencerminkan diri saya, I’ll go for it! Skirt kembang dan jaket pendek adalah pilihan go-to. Tapi sejujurnya, saya lebih selesa bergaya mengikut diri sendiri daripada cuba mengikuti trend semata-mata.

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

Saya suka buku puisi atau motivasi seperti Ikigai dan karya Rupi Kaur. Ia beri banyak ilmu, pengajaran, perkembangan dan ruang untuk refleksi diri dalam kehidupan supaya lebih memahami diri sendiri dan orang lain. Saya juga sangat meminati siri ‘Harry Potter’ dan boleh menontonnya berulang kali!

Album, lagu atau penyanyi kegemaran yang sentiasa ada dalam playlist?

Pilihan utama adalah penyanyi Indonesia, Tulus dan Pamungkas. Bukan saja meminati suara mereka, lagu dan lirik mereka juga bawa makna tersendiri dan mendalam. Antara lagu kegemaran saya adalah ‘Interaksi’ dan ‘Kenangan Manis’. Secara umumnya, saya menggemari muzik jaz dan indie pop

Aktiviti baru yang ingin diterokai?

Saya kini dalam era memasak hahaha. Jadi, saya ingin mencuba menu-menu baru terutamanya masakan melayu. Saya juga suka sesuatu yang cantik dan menarik seperti gubahan bunga.

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

Sejujurnya, saya wanita simple dengan minuman yang simple, nothing fancy. Minuman go-to saya adalah ‘White Peach Oolong Milk Tea’ daripada Chagee dan ‘Lychee Watermelon’ daripada BINGXUE. Bukan saja menyegarkan tapi juga berpatutan!

Destinasi percutian pilihan? Kenapa?

Meneroka negara Eropah seperti Itali, terutamanya Florence dan Rom. Saya tertarik dengan sejarah, budaya, struktur binaan dan pemandangannya yang indah. Selain itu, saya juga ingin melihat Aurora Borealis dengan mata sendiri untuk menyaksikan betapa indahnya fenomena itu.

Tip mudah untuk tampak stylish?

Less is more. Proposi dan keseimbangan juga sangat penting. Bagi saya, kombinasi ‘kemeja oversized dan seluar structured’ serta ‘outfit monokromatik ’ akan terus tampak bergaya dan polished, even on my lazy days

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by (Na’z) (@nazurahusna)

Apa yang paling menarik tentang mengajar generasi sekarang?

Mengajar mereka tentang cara untuk berfikir, bukan sekadar menghafal. Terutamanya pemikiran kritis, disiplin dan keyakinan diri. Saya sentiasa menggalakkan pelajar berfikir secara logik dan berdikari, lagi-lagi dalam dunia yang serba pantas ini.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down