Langgan

Bicara ELLE Bersama Sarah Hazley

Pencipta kandungan & model dengan aura yang cantik.
3 minit untuk membaca
Published: May 20, 2026
Gambar daripada IG/@themodelslabkl

Berawal dari dunia Tiktok, Borneyyogi atau Sarah Hazley mencorakkan identiti digital yang penuh gaya dan personaliti. Dengan penampilannya yang semakin menyerlah, tahun ini Sarah melangkah ke era baharu sebagai salah seorang wajah The Models Lab KL. Kenali personaliti segar yang sedang bersinar ini.

Item wajib yang mesti ada dalam beg anda setiap hari?

Serum spray untuk melembapkan kulit dan gula-gula sebagai stok kecemasan jika paras gula rendah. I juga bawa buku, word-search atau konsol permainan mudah alih untuk mengisi masa di studio atau dalam kereta.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

Apa sahaja yang dipakai ibu. Baunya menenangkan dan terasa nostalgia, it feels like home to me. Daripada haruman Ferragamo ke Initio Atomic Rose, harumannya ke arah floral. Tanpa I sedar, pilihan I kini seperti lanjutan dirinya, soft, feminine dan quietly powerful.

Siapakah ikon fesyen yang paling memberi inspirasi kepada anda?

I suka keanggunan tenang Kelly Rutherford, pesona effortless Alexa Chung, serta keberanian playful dalam cara Lori Hirshleifer dan Marci Hirshleifer menggayakan aksesori mereka. 

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Skirt satin labuh. Asalnya ikut trend, tapi ia kini jadi staple dalam almari. Alunannya lembut dan feminin, buat I nampak bergaya secara effortless, lebih-lebih lagi apabila digayakan bersama item yang lebih bold.

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

Tiada buku yang lebih bermakna daripada ‘A Thousand Splendid Suns’ oleh Khaled Hosseini. Ia buka mata tentang realiti penderitaan wanita hingga I menangis hampir di setiap halaman. Walaupun sangat emotionally drained, I akan pilih untuk baca lagi kerana ia banyak mengajar tentang kekuatan, ketabahan dan empati.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Tibet! I kagum melihat gambar landskapnya. Seperti tidak nyata, seolah-olah dilukis dengan begitu lembut dan teliti. Gunung-ganang, ketenangan dan keluasan ruangnya terasa seperti mampu menenangkan fikiran dan melembutkan hati. I ingin menghayatinya bersama pasangan I

Album, lagu atau penyanyi kegemaran yang sentiasa ada dalam playlist?

SZA dan Taylor Swift selalu on repeat, I jokingly call SZA my ‘big sister’. I suka bagaimana muzik mereka membolehkan I rasa segala-galanya dengan begitu mendalam. Seolah-olah membesar dengan mereka, melalui lagu-lagu mereka.

Aktiviti baru yang ingin diterokai?

Recently, I tertarik dengan batu permata berwarna. I pernah melawat sebuah gudang di Bangkok dan kagum melihat bagaimana sesuatu yang kecil boleh menyimpan begitu banyak keindahan dan cerita tersendiri. I akan sertai workshop dan sangat teruja untuk belajar lebih lanjut!

Jenama atau pereka fesyen impian yang anda ingin bekerjasama? Untuk lokal dan antarabangsa?

Untuk pereka fesyen lokal, Zaimi Zulkafli! I bersyukur kerana dapat bekerjasama dengannya untuk rumah terbuka ELLE-difitri 2026! I’m beyond excited to be dressed by him! Untuk antarabangsa, Zuhair Murad! Rekaannya seperti karya seni hidup dengan siluet dramatik dan perincian rumit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BROTANI (@brotanijuiceclub)

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

Sesiapa yang kenal I tahu betapa I suka smoothie buah. Pilihan go-to ialah Brotani, terutama Sober Piña Colada. Segar, comforting dengan campuran buah kreatif dan tambahan ‘powerfood’ bermanfaat. Cara hidangan smoothie mereka juga cantik!

Rutin senaman atau aktiviti fizikal kegemaran?

I appreciate senaman perlahan seperti pilates dan yoga kerana ia buat I lebih peka terhadap tubuh sendiri. I juga suka berlari kerana pernah menjadi pelari pecut di sekolah. Dan lately, I mula belajar golf kerana ia merupakan hobi pasangan I. I mahu meneroka hobinya, di samping memahami fikiran dan hatinya.

Tip penjagaan kulit yang anda amalkan setiap hari?

Toner pads! I swear by Torriden Hyaluronic Acid toner pads! I akan letakkan empat helai pada wajah selama 30 ke 40 minit, pagi dan malam. Keseluruhan rutin I agak ringkas tapi I percaya dengan konsistensi. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down