Langgan

Bicara ELLE Bersama Bunga

Ketahui segala kesukaan rapper berhijab ini.
2 minit untuk membaca
Published: April 22, 2026
Gambar daripada IG/@bungaisme

Kembali dengan single terbaharu ‘Pilihan Mu’, Bunga atau Noor Ayu Fatini terus menyerlah dalam landskap muzik tempatan, lebih-lebih lagi selepas pernah menarik perhatian The New York Times. Namanya bukan hanya rapper berhijab, pesonanya turut memancarkan aura berani, bold dan autentik.

Item wajib yang mesti ada dalam beg anda setiap hari?

My lip combo.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

Do Son daripada Diptyque dan Sì passione daripada Giorgio Armani.

Beg atau kasut? Yang mana paling penting bagi anda?

Kasut. Sebab kalau ia tak selesa, tak boleh nak berjalan lama. 

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Estetika streetwear Jepun dan fesyen modest.

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

‘The Chic Code Podcast’, buku pula ‘The 48 Laws of Power’ oleh Robert Greene.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Tiga negara ‘tan’ iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Budaya Islam yang berbeza daripada Malaysia dan negara-negara Arab, selain ingin meneroka sejarahnya serta menikmati keindahan alam.

Album, lagu atau penyanyi kegemaran yang sentiasa ada dalam playlist?

Amy Winehouse, Paramore dan Doja Cat.

Red flag yang anda tidak boleh terima?

Tak menjaga kebersihan gigi serta mulut. Gigi adalah perkara pertama yang saya akan lihat ketika berkomunikasi. 

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

Pilihan tetap adalah ZUS Coffee dengan pesanan kegemaran, CEO Coconut Latte dengan tambahan shot espresso (pilihan kopi Boss).

Memori paling berharga yang sentiasa anda ingat hingga kini?

Tidur menemani mama selepas pembedahan kanser payudara tahap dua di hospital. Malam itu menjadi memori paling berharga kerana saya tak ingat bila kali terakhir saya tidur memeluk mama.

Rutin senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan setiap minggu?

Saya sentiasa mengamalkan aktiviti seperti menggunakan tangga, brisk walk dan squat.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down