
Gaya cool chic bersahaja Ainina Hasnul sentiasa menggamit hati pengikutnya. Sementara sentuhan kreatifnya dalam dunia seni, penciptaan kandungan dan penulisan menjadikannya seorang yang versatil, juga lengkap dengan suara lunak yang menenangkan. Terokai pilihan Nina di sini.
Satu produk kecantikan that you can’t live without?
My perfume! Hari terus hancur jika I terlupa untuk sembur haruman.
Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?
Fun eyewear and scarves! Juga gaya tomboy femme, padanan antara elemen maskulin dan feminin.
Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?
‘Sunrise’ daripada 103 Coffee. Rasanya seperti gabungan kopi dan teh berkrim dengan nota sitrus yang dihasilkan jenama kopi tempatan. I harap boleh minum setiap hari.
Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?
‘Why I Am a Stoic’ oleh Lucius Annaeus Seneca. Oh, I selalu dengar ‘The Chic Code Podcast’ setiap kali buat kerja rumah, terutama bila perlukan hiburan dan gelak tawa. Love those girls. Malangnya I tak tonton TV haha!
Tempat ‘escape’ kegemaran anda?
Bilik kecil saya di rumah keluarga di Penang. Dan waktu dengan my girls bila saya di KL, kerana ada kalanya escape terbaik adalah bersama orang tersayang.
Lagu yang boleh anda dengari berulang kali?
‘Byar’ oleh T.Rucira dan ‘Cinderella’ by Remi Wolf.
Apakah aplikasi yang paling kerap anda guna?
Mengikut masa skrin, ia merupakan Imessage, Spotify dan TikTok, haha!
View this post on Instagram
Item dalam beg yang akan dibawa setiap kali keluar rumah?
Buku nota dan pen, sebab I seorang ‘thought daughter’.
Band lokal yang menjadi kegemaran anda ketika ini?
Shoutout to FUGŌ.
Tip dalam membina padanan pakaian harian?
Pilih warna yang sesuai dan item yang memberi keselesaan. I gemar pakai basics dan serlahkan dengan aksesori. Memiliki perhiasan staple atau aksesori fesyen is so chic to me! Pada hari malas, I padankan baju asas dengan seluar atau skirt yang menarik.
Bagi anda, apa trend yang sedang ‘in’ dan ‘out’ dalam fesyen?
Beg tangan besar, slouchy, lama dan juga yang dipersonalisasi adalah sangat in. Meski ia tampak seakan hampir give up bila dipakai. Jorts out, sorry!
Haruman atau minyak wangi kegemaran all off time?
‘Another 13’ daripada Le Labo.
View this post on Instagram

