Langgan

Bicara ELLE Bersama Francisca Luhong

Kenali pilihan dan kegemarannya di sini.
2 minit untuk membaca
Published: September 11, 2026
Gambar: Instagram/ @francisca.luhong

Jelitawan Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020. Francisca percaya siapa dirinya hari ini adalah perjalanan yang telah ditakdirkan.

Item wajib yang mesti ada dalam beg setiap hari? 

Telefon (semuanya ada dalam tu) serta gincu! Bila wajah nampak kusam, I cuma perlu sapukan sedikit warna untuk menaikkan seri. 

Satu produk kecantikan that you can’t live without?

I can't with only one.. Tapi kalau memang kena pilih satu, mungkin produk rambut seperti syampu (dan perapi?). Sekurang-kurangnya I tahu rambut I masih boleh kekal segar dan wangi. 

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

I love fashion dan I ikut perkembangan trend, tapi I lebih selesa dengan gaya sendiri. I suka penampilan subtle, feminin dan quiet luxury. Boleh jadi seksi tapi classy dan minimalis. I suka bermain dengan warna dan tampil lebih extra daripada biasa untuk acara istimewa.

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

Saya boleh ulang baca ‘The Five People You Meet in Heaven’ oleh Mitch Albom berkali-kali dan tetap berakhir dengan air mata, rasa syukur dan senyuman. I suka kebanyakan karya Mitch Albom, vlog travel di YouTube serta podcast ‘The Chic Code’ untuk gelak tawa, ‘The Diary of a CEO’ pula pilihan go-to. Untuk rancangan TV, ‘Friends’, ‘Law & Order’ dan ‘Sex and The City’ kekal menjadi pilihan utama!

Muzik yang sentiasa ada dalam playlist?

As I’m an oldies person (shy hahaha), selalunya I pilih ABBA, Queen dan The Beatles. ‘Careless Whisper pula jadi pilihan bila hampir selesai berlari. I juga dengar pelbagai genre lain termasuk R&B, pop dan house music.

Aktiviti baru yang ingin diterokai?

I nak cuba sky diving. I takut pada ketinggian, jadi ini mungkin aktiviti yang menarik untuk dicuba.

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

Hot cappuccino atau iced matcha latte.

Tempat percutian yang tidak boleh dilupakan dan kenapa?

Unplanned visit ke New York selepas pertandingan Miss Universe pada tahun 2021. I sukar untuk menjelaskan sebabnya, mungkin kerana suasana kotanya atau kerana akhirnya I dapat menjejakkan kaki ke kota impian. I’d love to visit again someday.

Gambar: Instagram/ @francisca.luhong

Rutin penjagaan diri anda?

Agak simple, tapi berkesan untuk I. I ke gim atau berjalan 3km, ambil suplemen, pergi gereja, memasak dan menulis jurnal. Bila down, I baca semula jurnal lama untuk melihat sejauh mana I berkembang. Sesekali, I ambil masa untuk recharge, sama ada pulang ke Kuching atau melancong, menikmati urutan, membaca, buat teka silang kata dan luangkan masa bersama orang tersayang. Take that time off social media.

Definisi cantik bagi anda?

Seperti kata orang, kecantikan terletak pada mata yang memandang. Bagi I, kebijaksanaan adalah satu anugerah yang sangat indah. Namun, kita pasti mahu tinggalkan tanggapan baik apabila dengan orang lain, jadi penampilan kemas dan kebersihan diri itu penting. Karakter yang baik juga amat penting. Kecantikan mungkin menarik perhatian, tetapi karakter, kisah dan perasaan di sebaliknya meninggalkan kesan yang lebih mendalam.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down