Langgan

Bicara ELLE Bersama Nina Ariff

Seorang dreamer, go-getter dan visionary yang lincah mengemudi dua dunia berbeza!
2 minit untuk membaca
Published: August 24, 2025
Nina ariff
Gambar: Instagram/ @ninariff

Mengemudi dunia pempengaruh digital dan dunia peguam sekaligus, Nina Ariff bukan sahaja cantik paras rupa, malahan bijak menyeimbangkan kedua-keduanya. Daripada kecantikan hingga ke fesyen, temui trend kegemaran, ikon inspirasi dan segala obsesi Nina. Baca segala rahsia disebalik gaya hidupnya di sini!

Tiga perkataan untuk menggambarkan diri anda.

Dreamer, go-getter, visionary

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini? 

Lowkey teruja dengan kemunculan semula trend 90-an! Terutamanya gaya seluar baggy jeans dan low-rise. Ada sesuatu tentang denim dan saya yang tak dapat dipisahkan.

Nina

Satu produk kecantikan that you can’t live without

Banyak sangat! Tapi sebab ada hari tanpa mekap (kadang-kadang rindu rutin penjagaan kulit… not good), jadi saya akan sentiasa mengutamakan wangian. Pilihan utama mestilah YSL Libré! Oh, dan lip plumping oil keluaran terbaru mereka juga mengagumkan!

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Milo atau coklat panas! Always, everyday!

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Los Angeles/New York, US. Saya memang sudah impikannya sejak daripada kecil. Tempat ini terasa seperti penuh dengan impian dan saya teringin untuk merasai kehidupan ‘LA’.

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

Saya agak lambat tapi baru saja menonton ‘Suits’ musim terakhir. Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan bidang undang-undang, ramai yang asyik bertanya jika rancangan itu menjadi inspirasi. I love it, tapi jika tanya saya soalan itu, sudah tentu ‘Legally Blonde’.

Gaun nina

Siapa ikon fesyen atau kecantikan anda dan kenapa?

Lily Collins, terutamanya dalam ‘Emily in Paris’. Wataknya terasa seperti personaliti saya! Gaun kahwin saya turut diinspirasikan daripadanya, ia adalah dream wedding dress! Saya suka semua yang dia pakai, dalam siri mahupun realiti.

Lagu yang boleh anda dengari berulang kali?

Apa-apa daripada Taylor Swift, let’s be real…

Rutin pada setiap pagi sebelum memulakan hari?

Memberikan sarapan kepada Como (he’s my boss!). Selepas itu, as cliché as this may sound, skincare adalah rutin saya - serum daripada Lancôme, pelembap kulit daripada Bobbi Brown dan Paula’s Choice (holy grail!) serta sunscreen daripada Supergoop!

Lake como

Tempat ‘escape’ kegemaran anda?

Lake Como. Setiap kali terfikir tentang escape, saya pasti akan teringat Lake Como. I wanna go back! Saya juga namakan kucing saya ‘Como’ sebab itu!

Cara anda bahagikan masa antara kerja dan peranan sebagai pempengaruh digital?

Apabila minat dalam kedua-duanya, kerja tak terasa seberat yang disangka. Tapi secara realistiknya, sama ada kerja korporat atau media sosial, saya ada senarai tugasan harian. Dan akan pastikan semuanya siap tanpa bertangguh (most of the time!).

Kata-kata terbaik yang pernah diterima?

“Antara cara untuk menghadapi kesusahan adalah dengan melaluinya dengan penuh ketabahan dan kekuatan, kerana kita tidak akan diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kita tempuhi.”

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down