Langgan

Bicara ELLE Bersama Tunku Ines

Kenali si cantik berketurunan kerabat diraja Negeri Sembilan yang kini sedang mengukir nama di pentas seni tanah air.
2 minit untuk membaca
Published: July 23, 2025

Di usia semuda 21 tahun, Tunku Ines Najihah Raden sudah jelas arah tujunya, memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya profesional. Daripada kecantikan hingga ke fesyen, ketahui produk pilihan, ikon yang menginspirasi dan segala obesesinya. Baca lebih lanjut untuk ketahui rahsia Ines!

Tiga perkataan untuk menggambarkan diri anda.

Bersemangat, berani dan setia.

YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida dan Tunku Ines

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Teh chamomile bersama madu. Minuman yang menenangkan, memberi rasa selesa dan membantu saya fokus dengan tenang.

Satu produk kecantikan that you can’t live without

Giorgio Armani Luminous Silk Glow Fusion Powder! Inilah produk pilihan setiap kali touch up, tidak kira apa jua solekan.

‘The Selection’ oleh Kiera Cass

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

‘The Selection’ oleh Kiera Cass mungkin bukan karya baru, tapi buat saya hanyut dalam dunianya. Saya suka historical fiction kerana ia bawa ke zaman lain dan menghidupkan imaginasi, itulah magisnya!

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Peru kerana kawan rapat semasa di sekolah menengah berasal dari sana. Ia umpama impian jadi kenyataan jika dapat melihat sendiri cerita yang selama ini saya hanya dengar sahaja.

Tempat ‘escape’ kegemaran anda?

Night drive ditemani seseorang yang istimewa sambil berlatarkan muzik perlahan dan rasa angin malam di jalan raya yang kosong.

Siapa ikon fesyen atau kecantikan anda dan kenapa?

Ezurin Khyra, semestinya. Dia tarik perhatian dengan gaya original dan jadi diri sendiri. Bukti gaya sebenar bermula daripada keyakinan dan keselesaan diri. Lagipun dia aunty saya, saya dah lihat keyakinan dan gayanya sejak kecil.

Morning person atau night owl?

Night owl! Waktu malam membuatkan saya rasa paling fokus, semua idea dan ilham datang dengan sendiri.

Tunku Ines bersama ahli keluarga di majlis pelancaran Radar

Lagu pertama yang buat anda jatuh cinta dengan muzik?

‘Wish You Were Here’ oleh Avril Lavigne sentiasa melekat dalam jiwa sejak kecil. Apabila dewasa, saya lebih menghargai liriknya. Lagu ini sentiasa menemani perjalanan hidup saya, mengingatkan muzik sentiasa bermakna.

Kata-kata terbaik yang pernah diterima?

Sentiasa berfikiran positif dan berpegang pada iman. Segalanya datang daripada Allah, cabaran dan halangan ada tujuan dan kebaikannya. Bila percaya, kita lihat ujian sebagai perjalanan yang perlu ditempuhi, bukan hukuman.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down