Langgan

Bicara ELLE Bersama Arena Wan

Kenali Arena di sini.
2 minit untuk membaca
Published: February 24, 2026

Dewi Remaja menjadi titik permulaan kerjayanya, Arena Wan Mun-Yi kini merupakan pelakon pelapis yang sedang meningkat naik. Dibesarkan dalam keluarga seni, minatnya terhadap dunia showbiz sememangnya sudah dipengaruhi sejak kecil.

Fokus atau sasaran bagi tahun 2026?

Untuk hidup dengan lebih intentional. Memilih projek yang selari dengan jiwa, menjaga kesihatan mental dan fizikal serta berani berkata ‘tidak’ tanpa rasa bersalah. 2026 is about growth with peace.

Satu produk kecantikan that you can’t live without?

Lip balm. Ringkas tetapi penting!

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

Effortless cool girl. Potongan kemas, siluet oversized, minimal, selesa dan sedikit androgini. Pakaian yang boleh dipakai berulang kali dan tetap rasa yakin.

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Iced chocolate adalah kegemaran! Kalau bukan chocolate, green tea.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Japan. I suka keseimbangannya, tenang tapi penuh dengan perincian, kehidupan tradisional bercampur moden. It feels grounding.

Album lagu atau penyanyi kegemaran yang anda sering mainkan?

Lately I banyak dengar lagu nostalgia, lagu-lagu era 2000.

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

Apa-apa yang introspektif. Cerita yang raw dan real, tentang manusia, emosi dan pertumbuhan. I suka kandungan yang jujur, bukan curated. Ia boleh buat kita terhenti dan berfikir semula.

Perkara pertama yang anda buat setiap pagi sebaik bangun dari tidur?

Berhubung dengan diri sendiri. Tarik nafas, meregangkan badan dan mengingatkan diri untuk take it slow. Slow is still progress.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

Haruman lembut dan musky. Sesuatu yang hangat dan menenangkan, tidak terlalu kuat.

Ciri-ciri lelaki idaman anda?

Emosi yang matang, baik hati, grounded, lembut tetapi yakin dan buat I rasa selamat untuk jadi diri sendiri.

Apakah makanan ‘comfort food’ yang mampu menggembirakan anda?

Korean BBQ!

Rutin senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan setiap minggu?

Gim, pilates dan aktiviti yang buat badan rasa kuat tetapi minda tetap tenang. Kadang-kadang aktiviti bouldering bersama kawan-kawan.

Arena Wan sebagai Ezie, seorang gimnas dalam 'Generasi: Perfect 10'.
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down