Langgan

Bicara ELLE Bersama Nana Lee

Ketahui segala pilihan Nana di sini.
2 minit untuk membaca
Published: March 28, 2026

Kicauan Lovebirds, Haru dan Yumi sering menemani celoteh Nana Lee, seorang pencipta kandungan kecantikan. Kehadirannya memberi aura ketenangan, dengan kecantikan luar dan dalam. Nana kini hidup dalam dunia impiannya. Baca segala rahsia di sebalik kehidupan peribadinya!

Item wajib yang mesti ada dalam beg anda setiap hari?

Plumping gloss dan mouth spray untuk memastikan bibir sentiasa kemas walaupun tanpa solekan serta memberi kesegaran dan rasa yakin sebelum berjumpa orang. Item kecil tapi kesannya besar untuk saya hehe.

Haruman atau minyak wangi kegemaran of all time?

Velvet Infusion daripada Dolce&Gabbana. Fell in love with it at first scent. Aroma yang lembut, menenangkan serta melekat pada kulit dan kekal dalam ingatan.

Beg atau kasut? Yang mana paling penting bagi anda dan kenapa?

I love both! Tapi jika perlu pilih, kasut. Ia bukan sahaja melengkapkan penampilan tapi juga bawa kita ke pelbagai tempat, melalui hari yang panjang, detik bermakna dan perjalanan indah dalam hidup.

Album, lagu atau penyanyi kegemaran yang sentiasa ada dalam playlist?

OMG, so hard to choose. Tapi akan sentiasa ada ABBA dan The Beatles dalam playlist. I membesar dengan lagu-lagu mereka dan entah macam mana I masih ingat hampir setiap lagu ABBA.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

I suka pakai warna vibrant. Walaupun outfit I sangat ringkas, akan ada elemen statement, sama ada kasut bold atau beg dengan warna menonjol. Bagi I, fesyen bersifat peribadi. Ia tentang perasaan apabila memakainya. I pakai apa yang membuatkan I selesa dan yakin.

Buku, podcast atau rancangan TV yang boleh diulangi tanpa jemu?

Honestly… ‘Harry Potter’. Not exactly a TV show, tapi I boleh tonton berulang kali dan masih rasa teruja dan tenang setiap kali.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Switzerland. Semuanya bermula sebab K-drama, ‘Crash Landing on You’. Pemandangannya nampak unreal, sangat tenang dan romantik macam straight out of a dream.

Haru dan Yumi

 

Red flag yang anda tidak boleh terima?

I tak boleh tahan orang yang rude. Cara seseorang layan orang, terutama mereka yang tak boleh beri apa-apa balasan, banyak menceritakan peribadi mereka. Kebaikan percuma, rasa hormat asas tak sepatutnya jadi pilihan.

Love language anda?

Words of affirmation. Dengar kata-kata yang baik dan ikhlas buat I rasa dihargai dan selamat. Ia cara I berhubung secara emosi dan rasa dicintai pada tahap yang lebih mendalam.

Go-to kafe dan minuman yang sering dipesan?

I LOVE COFFEE, like… really love hahaha. ZUS Coffee akan sentiasa jadi ‘kafe’ kegemaran. Selesa, konsisten dan always hits the spot. Pesanan I ikut mood, kadang Spanish latte, kadang hazelnut latte.

Rutin senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan setiap minggu?

Dulu I sangat aktif, hiking dan gim selalu jadi pilihan. Sekarang jadual agak padat. Tapi bila ada masa, I akan jogging untuk kekal sihat dan maintain stamina.

Memori paling berharga yang sentiasa anda ingat hingga kini?

Semestinya masa I mula buat TikTok waktu PKP. Hanya suka-suka, tak expect untuk blow up pun, apatah lagi untuk bentuk siapa I hari ini. Bila dikenang, tak sangka benda simple boleh buka pintu yang I sendiri tak tahu wujud. And being featured on ELLE…truly a dream I never thought I’d achieve.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down