Langgan

Tod's Mentafsir Semula Gommino Melalui Reka Bentuk

Kasut Moccasin ikonik daripada Tod's menerima nyawa baharu melalui inspirasi reka bentuk Itali.
1 minit untuk membaca
Published: June 29, 2026
Gommino
Gambar ihsan Tod's

Tod’s meraikan Gommino loafer sebagai simbol gaya hidup Itali yang sofistikated serta ketukangan halus yang menjadi teras reputasi ‘Made in Italy’. Bersempena Salone del Mobile 2026, jenama ini memperkenalkan sebuah projek khas yang mengangkat kasut ikonik tersebut ke dalam dimensi baharu melalui dialog bersama dunia reka bentuk.

Inspirasi Ikon Reka Bentuk Itali

Gommino
Gambar ihsan Tod's

Projek ini diinspirasikan oleh empat tokoh besar reka bentuk Itali abad ke-20. Antaranya termasuk kerusi Elda oleh Joe Colombo, yang menampilkan siluet futuristik. Selain itu, juga kerusi Crosby oleh Gaetano Pesce yang meraikan kebebasan ekspresi material. Turut menjadi rujukan ialah meja Kristall oleh Michele De Lucchi untuk Memphis Milano, dengan bahasa grafiknya yang radikal dan berani.

Interpretasi Gommino

Gommino
Gambar ihsan Tod's

Melengkapkan naratif ini ialah ‘Radiofonografo’ oleh Achille Castiglioni dan Pier Giacomo Castiglioni, yang menekankan pendekatan reka bentuk yang tulen dan berfungsi. Daripada rujukan ini, empat interpretasi Gommino dihasilkan sebagai objek koleksi edisi terhad, menggabungkan warisan ketukangan dengan inovasi kontemporari.

Dialog Visual di Salone del Mobil 2026

Gommino
Gambar ihsan Tod's

Pameran ini berlangsung di Via Savona 56, Milan. Susun aturnya mempertemukan karya asal dan reinterpretasinya dalam satu dialog visual yang jelas dan terarah. Pengunjung dapat menyaksikan bagaimana prinsip reka bentuk diterjemahkan ke dalam bentuk kasut melalui pendekatan yang kreatif dan teknikal.

Gommino
Gambar ihsan Tod's

Sepanjang acara, artisan Tod’s turut mempersembahkan demonstrasi langsung teknik jahitan tangan yang menjadi identiti Gommino. Koleksi ini kemudiannya ditawarkan secara eksklusif di butik Tod’s di Via Montenapoleone serta dalam talian.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down