Langgan

Memori Sutera : Gucci & The Art of Silk

Sepuluh selendang arkib diberi nafas baharu, disertai kempen yang menggalakkan eksperimen, kolaborasi bersama Akademi Seni Halus di Florence, serta usaha menghidupkan semula rantaian bekalan sutera di selatan Itali.
3 minit untuk membaca
Published: April 16, 2026

Foto Ihsan Gucci

Di Florence, ia dipersembahkan bak sebuah lukisan. Skaf petak (carré) bersaiz 90 x 90 sentimeter yang sarat dengan imaginasi, diinspirasikan daripada tema flora dan equestrian, seperti skaf pertama Tolda di Nave yang direka oleh Maison pada tahun 1958 dengan kerjasama kilang sutera di Como.

Namun, yang paling ikonik kekal skaf yang pernah diikat di leher Grace Kelly dalam potret hitam putihnya. Dicetak dengan 43 jenis bunga, tumbuhan dan serangga dalam 37 warna berbeza, ia dicipta atas permintaan Rodolfo Gucci kepada Vittorio Accornero de Testa sebagai penghormatan kepada puteri tersebut selepas kunjungannya ke butik Milan untuk membeli beg Bamboo pada tahun 1966. Tidak menemui rekaan yang setanding dalam koleksi sedia ada, beliau kemudian meminta rakannya itu menghasilkan aksesori istimewa ini.

Rekaan wearable ini seterusnya menjadi salah satu kod penting Gucci, berkembang ke pelbagai produk lain dan disimpan rapi di Palazzo Settimanni, bangunan abad ke-15 yang menjadi arkib jenama sejak 1996. Hari ini, ia diberi nafas baharu menerusi The Art of Silk, projek yang kini memasuki edisi kedua, di mana Gucci menghidupkan semula warisan suteranya dalam konteks moden.

Foto Ihsan Gucci
Foto Ihsan Gucci

Sepuluh skaf pilihan pengarah kreatif disusun semula menjadi satu bahasa visual yang baharu. Antaranya termasuk Your MajestyDouble TroubleMorso d’OroGiardino di SetaLungomareHard-WearSalon PrivéIl Gattino, bersama dua variasi Flora.

Setiap nama membawa imaginasi tersendiri, mewakili identiti Maison yang menonjolkan ketelitian workmanship melalui hiasan asal, sambil mencerminkan eksplorasi berterusan sutera sebagai medium ekspresi.

Kini, aksesori ini kembali menyerlah dalam gaya street style dan runway, menghidupkan semula aura klasik para diva dengan sentuhan moden yang lebih segar. Ia terus menjadi elemen penting dalam gaya, selari dengan pendekatan yang jelas ditampilkan dalam kempen khas Gucci untuk projek ini.

Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci
Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci

Skaf ini hadir sebagai aksesori harian yang versatil dan boleh digayakan sebagai tali pinggang pada blaus, diikat di kepala dengan sentuhan sofistikated, dililit di leher hingga menjadi top, atau digubah menjadi gaun yang eksklusif.

Lebih daripada sekadar aksesori, ia menjadi medium ekspresi yang hidup dan dinamik dan bukan objek statik atau sekadar nostalgia, tetapi sentiasa berubah mengikut cara ia digayakan. Wujud satu peralihan berterusan antara arkib dan pemakaian semasa, di mana motifnya bebas daripada asal-usul untuk dihidupkan semula dalam interpretasi baharu.

Ringan dan seolah-olah bergerak, ia merentas pergerakan, tekstur dan gaya. Menulis semula identitinya tanpa menghilangkan nilai legenda yang dibawanya. Seperti dua skaf Flora yang direka khas untuk ‘Los Angeles County Museum of Art’ sempena pembukaan galeri baharu David Geffen, ia ibarat taman yang padat namun terus berkembang merentasi masa, tanpa pernah kehilangan keindahan asalnya.

Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci
Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci

Dihasilkan daripada sutera Itali berkualiti tinggi dari selatan Itali, skaf edisi terhad ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berasaskan kepakaran tempatan yang dibangunkan bersama Nido di Seta dan Ongetta.

Projek ini berakar di Calabria dan bertujuan menghidupkan semula rantaian bekalan sutera bersejarah, daripada penanaman pokok mulberi secara organik, pemulihan tanah terbiar, hingga penciptaan peluang pekerjaan baharu. Keseluruhan proses ini disusun sebagai rangkaian kerjasama antara pengeluar kecil, dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Dalam konteks ini, kembalinya Flora selari dengan kebangkitan semula sutera Itali secara lebih menyeluruh, bukan sekadar mengimbau masa lalu, tetapi sebagai amalan hidup yang menghubungkan pertukangan tradisional dengan masa depan.

Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci
Foto Ihsan Gucci

Seiring dengan perluasan dialog bersama institusi budaya, skaf ini akan ditawarkan secara eksklusif di LACMA Store dan butik utama Gucci di Beverly Hills.

Pada masa yang sama, kolaborasi bersama Accademia delle Belle Arti di Firenze melibatkan sepuluh pelajar yang diberi peluang menterjemahkan skaf ini ke dalam bentuk lukisan memindahkan motifnya daripada sutera ke kanvas tanpa menjadikannya sesuatu yang statik.

Karya-karya ini kemudiannya akan dipamerkan di butik Gucci di Rodeo Drive, Los Angeles, sekali gus mewujudkan dialog antara reka bentuk arkib dan interpretasi seni kontemporari. Maison turut menyokong inisiatif ini melalui biasiswa khas sebagai usaha berterusan dalam menghargai bakat baharu serta membentuk generasi pencipta masa hadapan.

Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci
Gucci skaf
Foto Ihsan Gucci

Satu usaha yang bukan sekadar meraikan masa lalu, tetapi membuka ruang kepada kemungkinan baharu dengan menyerahkannya kepada generasi seterusnya. Seperti skaf ini, elemen gaya yang sentiasa ditafsir semula mengikut zaman tanpa pernah kehilangan pesonanya. Bukan hanya untuk diva.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down