
CULT Gallery dan Samyama Sdn Bhd membawakan pameran seni dan tekstil tradisional bersempena dengan sidang kemuncak ASEAN Summit 2025 yang berlangsung di Malaysia tahun ini. Acara ini mengetengahkan keindahan warisan budaya serantau dan meraikan ASEAN sebagai sebuah komuniti yang saling berhubung, bersatu padu dan kaya dengan nilai sejarah dan seni.
Melalui seni tradisi dan tekstil, para pengunjung dapat menelusuri rentetan sejarah yang telah lama menghubungkan negara-negara ASEAN. Kajian arkeoloji dan tekstil menemui tentang jejak budaya negara serantau hingga ke masyarakat Austronesia (pendatang awal dari China Barat Daya dan Hainan). Sehingga hari ini, pengaruh mereka masih terserlah dalam tradisi ikat dan celup.

Manakala pengaruh India pula, khususnya epik Ramayana terus mengilhamkan naratif bersama dalam seni tarian, drama, wayang kulit, serta corak tekstil di seluruh ASEAN. Teknik tekstil seperti batik yang didokumentasikan di Jawa pada abad ke-15 turut diamalkan bersama di Thailand, Myanmar dan Semenanjung Tanah Melayu. Tarian Kuda Kepang juga mempunyai kisah migrasi, dibawa dari Jawa ke Johor. Semua ini mencerminkan sejarah pertukaran budaya, yang turut menjadi simbol bagaimana tradisi melangkaui sempadan.
Dengan menonjolkan pelbagai warisan bersama, CULT Gallery dan Samyama berhasrat untuk memupuk persefahaman dan memperkukuh perpaduan serantau. Matlamat mereka adalah untuk membina asas keharmonian bersama serta kerjasama ekonomi dan sosial yang lestari di seluruh ASEAN.
Butiran Acara
Lokasi: Yap Ah Shak House, 17 Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur 50300
Aktiviti:
- 30–31 Ogos: Pra-tonton VIP
- 3–5 & 10–12 September: Pengenalan & lawatan galeri bersama high tea
- 6 September: Perasmian rasmi & pertunjukan fesyen
- 7–14 September: Dibuka kepada orang awam
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk mempelajari dan mengalami sendiri pengalaman ini.

